Tuesday, June 23, 2026
HomeBERITA‘Blacklist’ Mara Datang Berunding, Bukan Menghilang – Asyraf Wajdi

‘Blacklist’ Mara Datang Berunding, Bukan Menghilang – Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Peminjam Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dikenakan tindakan senarai hitam diminta hadir ke pejabat Mara.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka boleh berunding dengan Mara berhubung pinjaman mereka.

“Yang kena ‘blacklist’ kerana culas bayar pinjaman Mara hingga jejas peluang anak dapat penajaan Mara boleh datang ke pejabat Mara.

“Yang penting datang berunding, bukannya menghilang (diri),” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Menjawab soalan netizen berhubung kedudukan penjamin yang dikenakan senarai hitam, Asyraf Wajdi menjelaskan mereka juga diminta datang berunding.

Media tahun lalu melaporkan, lebih 97,000 peminjam aktif Mara yang merangkumi 49 peratus daripada jumlah keseluruhan 197,348 telah disenarai hitam.

Senarai hitam dikenakan kepada peminjam yang tidak dapat membayar dalam tempoh tiga bulan.

Bagaimanapun, senarai hitam itu hanya dalam ekosistem Mara dan tidak melibatkan agensi lain.

Langkah itu diambil sebagai usaha untuk memperkukuh pembayaran pinjaman Mara.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Syed Saddiq Tak Datang, Mungkin Saya Dah Mati’ – Space...

0
PETALING JAYA – “Kalau Saddiq tak datang, mungkin saya dah mati.” Demikian pendedahan abang kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah atau...

CATEGORIES