Thursday, April 30, 2026
HomeBERITA15 Julai Tarikh Akhir Kemuka Borang Nyata Tahun Taksiran 2024 – LHDN

15 Julai Tarikh Akhir Kemuka Borang Nyata Tahun Taksiran 2024 – LHDN

PETALING JAYA – Tarikh akhir untuk mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2024 secara e-Filing bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan adalah pada 15 Julai ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi kenyataan berkata, ia termasuk bayaran cukai dan baki cukai kena dibayar.

Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk memastikan semua maklumat peribadi dan butiran akaun bank dikemas kini serta lengkap semasa pengemukaan BN.

Menurut LHDN, langkah itu penting bagi memastikan proses bayaran balik cukai (sekiranya berkenaan) dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Pengemukaan BN melalui e-Filing boleh dibuat menerusi portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my atau portal rasmi HASIL di https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

“Sebagai maklumat tambahan, rujukan kepada borang-borang yang berkaitan boleh diperoleh menerusi pautan di https://www.hasil.gov.my/borang/muat-turun-borang/,” kata kenyataan itu.

LHDN juga menyeru agar pembayar cukai mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan dikenakan.

“Laksanakan tanggungjawab percukaian dengan sempurna bagi mengelakkan sebarang penalti, kenaikan atau tindakan perundangan yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967,” tambah kenyataan sama.

Sumbet – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Marissa, Aslam Selesai Beri Keterangan, Doakan Yang Baik-Baik’

0
KUALA LUMPUR – Status perkahwinan pasangan pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim dan Ahmad Asla masih menjadi teka-teki apabila mahkamah Syariah di sini belum...

CATEGORIES