Sunday, September 20, 2026
HomeVIRALSeperti Bercampur Jantina Dalam Satu Saf, Tetapi Tidak

Seperti Bercampur Jantina Dalam Satu Saf, Tetapi Tidak

PETALING JAYA – Tular sebuah video baru-baru ini yang memaparkan jemaah solat yang bercampur saf antara lelaki dan wanita telah mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan, video berkenaan diyakini telah dirakam dan disiarkan oleh salah seorang peserta program Kem Ibadah Nusantara baru-baru ini.

Menurut Kosmo, kem tersebut yang diadakan di Cameron Highland anjuran bersama Jakim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Persatuan Insaf Pahang (NGO Komuniti Hijrah LGBT) dan beberapa agensi dan institut pendidikan tinggi (IPT) lain.

“Peserta adalah majoriti kumpulan transgender yang hadir secara sukarela. Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah.

“Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita.

Tambah Jakim, ketika solat berjemaah, kelihatan berlaku pencampuran jantina kerana golongan mak nyah masih dikira lelaki mengikut jantina asalnya, nyata Kosmo.

“Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan,” jelas Jakim dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

AirAsia Terus Kukuh, Fokus Kepada Pertumbuhan Dan Strategi Jangka Panjang

0
BANGKOK, 18 September 2026 – AirAsia Group Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia X Berhad) (“AirAsia” atau “Kumpulan”) hari ini menegaskan pendekatannya yang fokus, berdisiplin...

CATEGORIES