Tak Lagi Duduk Sebumbung, Rumah Tangga Nora Danish Bergolak?

0
728
Foto: Harian Metro

Kuala Lumpur: Pelakon Nora Danish, 42, berkongsi mengenai rumah tangga dengan suami yang juga ahli perniagaan, Nedim Nazri, 41, dilanda badai namun masih cuba di jaga sebaiknya demi anak-anak.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif berkata pergolakan itu bukan disebabkan orang ketiga namun mengakui mereka memang sudah tidak tinggal sebumbung.

“Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin. Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing.

“Perkahwinan kadang memerlukan ruang, itu lumrah. Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalahkan,” katanya.

Nora yang ditemui pada sambutan Hari Raya anjuran 4ward Entertainment di sebuah hotel, di sini, hari ini juga masih berhubung sambil mencari ruang memperbaiki hubungan kerana enggan beri kesan kepada anak-anak.

“Kami tetap berhubung terutama pasal anak-anak. Saya tidak mahu apa yang berlaku memberi unsur negatif terutama kepada anak-anak. Anak-anak okay tetapi yang kecil itu mungkin tidak faham.

“Mereka lebih tertekan dengan keadaan rumah kami yang belum selesai diubahsuai. Macam saya cakap, kami berdua sedang berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan ini. Sebab itu masing-masing perlukan ruang,” katanya.

Khabar angin pergolakan rumah tangga Nora dan Nedim mula bertiup kencang selepas mereka tidak berkongsi gambar raya bersama baru-baru ini.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, enam tahun.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15 tahun sebelum bercerai pada 2008.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here