Thursday, June 25, 2026
HomeBERITATiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat Insiden Letusan Gunung Marapi

Tiada Rakyat Malaysia Yang Terlibat Insiden Letusan Gunung Marapi

PUTRAJAYA – Wisma Putra melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden letusan Gunung Marapi di Wilayah Sumatera Barat, Indonesia, yang berlaku pada Ahad lepas.

Menerusi satu kenyataan di sini, Wisma Putra memaklumkan, pada hari tersebut Gunung Marapi meletus dan hujan abu tebal tersebar sejauh kira-kira radius tiga kilometer serta mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda di kawasan berhampiran.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Indonesia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Berdasarkan Kosmo, Wisma Putra meminta agar mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan beralamat di Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152 Sumatera Utara, Indonesia.

“Rakyat Malaysia juga boleh menghubungi di talian +62 61 4531342 atau +62 61 4523992 atau emel ke mwmedan@kln.gov.my,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Orang Nak Kata Apa’ – Fatiya Latiff Tolak ‘Buat’ Semula...

0
PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff enggan tunduk dengan desakan segelintir netizen yang menyarankannya menjalani rawatan kecantikan di Korea Selatan, sebaliknya menegaskan bersyukur dengan...

CATEGORIES