Friday, November 27, 2026
HomeBERITAAkhmal Asyraf Atau Kapten AA RARETV Meninggal Dunia Di Oman

Akhmal Asyraf Atau Kapten AA RARETV Meninggal Dunia Di Oman

KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial, Akhmal Asyraf atau lebih dikenali sebagai Kapten AA RARETV, menghembuskan nafas terakhir pada malam Jumaat selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Muscat, Oman.

Pemergian Allahyarham yang disahkan pada jam 6.58 petang waktu tempatan itu dikongsikan jurugambar terkenal, Saiful Nang menerusi aplikasi Threads.

Menerusi hantaran ringkas itu, Saiful Nang turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang baik.

“Arwah baik orangnya. 6.58 pm (selepas Maghrib di Muscat). Malam Jumaat,” katanya.

Difahamkan Allahyarham berada di Oman bagi menjalani penggambaran program Kembara Wahyu terbitan TV AlHijrah.

Menerusi hantaran tersebut, Saiful Nang memberitahu, Kapten AA mengalami demam dan jangkitan paru-paru sebelum di bawa ke sebuah hospital di Nizwa dan kemudian dipindahkan ke Hospital Badr Al Samaa Royal, Muscat, Oman.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Ditidurkan Di Oman, Demam Ketika Penggambaran

0
PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia, Akhmal Asyraf yang berada di Oman bagi menjalani program Kembara Wahyu Ramadan 2027 dilaporkan ditidurkan selepas mengalami demam...

CATEGORIES