Tuesday, November 24, 2026
HomeSUKANSinner Jalani Pembedahan, Aksi Di Terbuka Australia Cetus Tanda Tanya

Sinner Jalani Pembedahan, Aksi Di Terbuka Australia Cetus Tanda Tanya

ROME – Juara Grand Slam lima kali, Jannik Sinner, dijangka menjalani pembedahan susulan kecederaan lutut yang berlarutan di Finland minggu ini, menurut laporan media Itali, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap penyertaannya dalam Terbuka Australia.

Pemain berusia 25 tahun itu tidak beraksi sejak memenangi gelaran Grand Slam kelima dalam kariernya di Wimbledon pada Julai lalu.

Pemain nombor dua dunia dari Itali itu berkata bulan ini bahawa beliau yakin dapat kembali beraksi tepat pada masanya untuk Terbuka Australia, namun tidak mahu terburu-buru dalam proses pemulihan.

Akhbar sukan harian Itali, Corriere dello Sport melaporkan Sinner mungkin terpaksa berehat sehingga empat bulan, namun tempoh sebenar pemulihannya hanya akan diketahui selepas menjalani pembedahan.

Undian utama Terbuka Australia dijadualkan bermula pada 17 Januari.

Sinner berkata berat badannya turun dengan ketara selepas menjalani pembedahan membuang tonsil dan kini sedang berusaha membina semula otot badannya.

Dia juga baru-baru ini berpisah dengan jurulatih dari Australia, Darren Cahill, dengan pemain Sweden, Magnus Norman menyertai barisan kejurulatihannya.

Juara tujuh kali Grand Slam, Carlos Alcaraz yang merangkul gelaran Final ATP buat kali pertama pada Ahad lalu, adalah juara bertahan Terbuka Australia.

Reuters sudah menghubungi pasukan Sinner untuk mendapatkan komen.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Spontan Keluar Selawat, Saya Tak Rancang’ – Mawi

0
SHAH ALAM – Menyelitkan alunan selawat dalam lagu Intifada yang berentak rock, penyanyi Mawi menjelaskan perkara tersebut terletus dari bibirnya secara spontan mengikut ilham...

CATEGORIES