Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengakui masih mengingati pengalaman ibu bapa bergaduh, malah menyifatkannya sebagai trauma sehingga pernah membuatkan dirinya tidak mahu berkahwin.
Perkara tersebut dikongsikan Ayda ketika membalas pertanyaan pengacara dan pelakon Ain Edruce di Threads mengenai ingatan anak terhadap pertengkaran ibu bapa.
“Sampai sekarang aku ingat. Aku trauma sampai dulu aku tak nak kahwin,” tulisnya.

Terdahulu, Ain meminta pandangan orang ramai sama ada anak yang menyaksikan ibu bapa bergaduh ketika kecil akan mengingati kejadian itu selepas dewasa.
“Aku tertanya… ibu bapa kalau bergaduh depan anak ketika anak kecil ini, apabila besar nanti anak-anak itu akan ingat tak?” soalnya.
Bagaimanapun, Ain tidak memperincikan sebab di sebalik pertanyaan tersebut, manakala Ayda tidak mengulas lanjut mengenai pengalaman yang dimaksudkannya.
Sumber – Gempak





