KUALA LUMPUR: Portal korporat Bank Rakyat dilaporkan mengalami gangguan capaian buat sementara waktu.
Bank Rakyat menerusi pemakluman di laman Facebook rasminya, menasihati pelanggan agar menggunakan saluran digital dan aplikasi mudah alih alternatif, bagi meneruskan urusan perbankan.
Antara platform yang disarankan termasuk aplikasi perbankan mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E serta portal perbankan perniagaan i-bizRAKYAT.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Terima kasih atas kesabaran anda,” menurut kenyataan ringkas institusi perbankan itu, yang dikeluarkan kira-kira 11.30 malam ini.
Sumber — BERNAMA





