Friday, October 9, 2026
HomeBERITA“Saya Dah Beritahu Tak Payah Pergi, Tapi Mereka Berkeras Hendak Pergi” –...

“Saya Dah Beritahu Tak Payah Pergi, Tapi Mereka Berkeras Hendak Pergi” – Ibu Mangsa

PONTIAN – “Saya dah beritahu tak payah pergi sebab sekolah tutup hari ini. Tetapi mereka berdua beriya-iya dan berkeras hendak pergi juga.”

“Jadi, abangnya tolong hantarkan untuk puaskan hati mereka, nak tunjuk memang sekolah tutup. Tapi apakan daya, dalam perjalanan pulang mereka kemalangan”.

Demikian kata Julaiha Munaji, 42, ibu kepada tiga beradik yang meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Sirat, di sini, pagi tadi.

Julaiha berkata, beliau sudah memaklumkan kepada Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufal Raisya, 8, supaya tidak perlu ke sekolah kerana semua sekolah di Johor ditutup susulan jerebu.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua anaknya tetap berkeras mahu pergi dan abangnya, Nor Daniel Aiman, 18, menghantar mereka pada sebelah pagi untuk membuktikan sekolah memang ditutup.

“Saya dimaklumkan, mereka berpatah balik apabila mendapat tahu sekolah tutup. Mereka kemudian bergerak pulang ke rumah.

“Sekolah mereka dengan rumah terletak kira-kira dua kilometer. Saya mendapat berita selepas ada penduduk datang memberitahu motosikal dinaiki anak saya kemalangan.

“Kejadian berlaku hanya 200 meter dari rumah kami. Suami dan anak sulung bergegas ke tempat kejadian untuk mengetahui keadaan mereka.

“Tapi, semua anak sudah dibawa ke Hospital Pontian,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Parit Haji Sirat, di sini.

Julaiha berkata, ketiga-tiga beradik itu sangat rapat dan malam sebelum kejadian, mereka masih tidur bersama.

“Nor Daniel Aiman seorang pendiam, tapi kalau dengan saya dia suka bergurau. Mereka semua rapat.

“Empat bulan lalu, saya kemalangan selepas hantar anak ke sekolah. Nor Daniel Aiman banyak tolong saya, termasuk menghantar adik-adiknya ke sekolah,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Teknologi Pengimbas Kargo Anak Tempatan Tembusi Pasaran Global

0
Usaha memperkukuh kawalan di pintu masuk negara terus dipertingkatkan menerusi penggunaan teknologi pengimbas kargo yang lebih cekap bagi memastikan pemeriksaan barangan import dan eksport...

CATEGORIES