Thursday, October 8, 2026
HomePERNIAGAANMaybank Tawar Kad Kredit Mampu Milik Patuh Syariah

Maybank Tawar Kad Kredit Mampu Milik Patuh Syariah

KUALA LUMPUR – Kad Kredit-i Maybank Islamic Nadi Mastercard kini dibuka untuk permohonan di seluruh negara, menawarkan kemudahan kredit patuh Syariah kepada pelanggan yang layak bagi memenuhi keperluan kewangan harian, dengan kadar keuntungan tetap 14 peratus setahun.

Maybank Islamic dalam kenyataan hari ini berkata, kad berkenaan yang pertama kali diumumkan pada Julai lalu, direka dengan ciri yang ringkas serta mudah difahami dan diurus pelanggan.

Menurutnya, antara ciri utama kad itu adalah kadar keuntungan tetap 14 peratus setahun, tiada yuran tahunan dan tiada pengkompaunan caj keuntungan.

Kad berkenaan turut memberikan akses kepada lebih 1,000 keistimewaan peniaga di seluruh rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perbankan Islam dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Mohamad Yasin Abdullah, berkata pihaknya memberi tumpuan kepada penyediaan kad kredit yang boleh digunakan pelanggan dengan lebih yakin.

“Dengan mengekalkan manfaat dan ciri yang ringkas serta mudah difahami, kami berharap dapat menggalakkan pelanggan membuat keputusan kewangan yang lebih bermaklumat di samping memenuhi keperluan kredit harian mereka,” katanya.

Bersempena pelancaran rasmi kad itu, Maybank Islamic turut memperkenalkan ganjaran alu-aluan membabitkan 1,000 pelanggan pertama yang permohonannya diluluskan.

Pelanggan berkenaan perlu membuat lima transaksi dalam tempoh 60 hari untuk menerima baucar petrol bernilai RM50, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelanggan yang berminat boleh memohon Kad Kredit-i Maybank Islamic Nadi Mastercard menerusi aplikasi MAE, Maybank2u atau di cawangan Maybank di seluruh negara.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web Maybank di maybank.my/nadicard.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hakim Danish Mahu Bangkit, Sasar Prestasi Lebih Kompetitif Di Mandalika

0
KUALA LUMPUR - Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mahu membuka lembaran baharu pada Grand Prix (GP) Indonesia hujung minggu ini selepas melalui perlumbaan...

CATEGORIES