Thursday, October 8, 2026
HomeHIBURANMenteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil Fahmi Jumpa 2 Sifu Bincang Filem...

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil Fahmi Jumpa 2 Sifu Bincang Filem Dan Muzik

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan bersama dua figura yang dianggap sebagai ‘sifu’ dalam industri seni kreatif tanah air, iaitu penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam serta maestro muzik, Datuk M Nasir.

Tweet yang dimuat naik oleh Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil di threads

Menerusi perkongsian Threads, Fahmi berkata, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa industri filem dan muzik tempatan, selain membincangkan usaha memperkukuh bakat serta karya anak tempatan.

“Kami berbincang soal perkembangan industri filem dan muzik tempatan, serta bagaimana bakat dan karya Malaysia boleh terus diperkukuh,” kongsinya pada hantaran yang dimuat naik, malam tadi.

Menurut Fahmi, Kerajaan juga akan membantu menyokong kandungan dan harta intelek (IP) tempatan untuk dikembangkan sehingga menembusi pasaran antarabangsa.

“Kerajaan MADANI akan terus menyokong kandungan tempatan dan membantu lebih banyak karya serta IP Malaysia menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

Sumber – Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Guru Kontrak Bakal Dapat Tawaran Lantikan

0
KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,150 calon guru yang dilantik secara kontrak (CoS) akan menerima surat tawaran lantikan pada bulan ini bagi menampung kemasukan pelajar...

CATEGORIES