Wednesday, October 7, 2026
HomeHIBURANZaki Yamani Jelaskan Isu Osama Yamani, Nafi Hubungan Dingin

Zaki Yamani Jelaskan Isu Osama Yamani, Nafi Hubungan Dingin

SHAH ALAM – Penyanyi Zaki Yamani menafikan hubungannya dengan abang, Osama Yamani, kini dingin susulan salah faham berhubung kenyataannya yang mencadangkan supaya abangnya lebih aktif menghasilkan kandungan media sosial bersama bapa mereka, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

Zaki, 20, berkata, salah faham berkenaan sudah diselesaikan selepas Osama menghubunginya secara peribadi untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataannya itu.

Katanya, Osama turut menghantar mesej panjang kepadanya yang disifatkan sebagai cukup baik, selain mengucapkan terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan.

“Dia ada mesej saya, hantar ayat yang sangat manis dan panjang. Dia ucapkan terima kasih kerana sentiasa menyokongnya dan berjanji akan berusaha dengan lebih gigih lagi selepas ini.

“Pada awalnya, saya rasa dia mungkin tersalah anggap atau hanya membaca tajuk tanpa membaca keseluruhan artikel.

“Namun, selepas berbincang, dia faham dan hubungan kami sebenarnya okay sahaja. Saya sempat mengusik, ‘Ini mesti baca Threads’, kemudian dia gelak,” katanya.

Menurut Zaki, salah faham kecil itu tidak menjejaskan hubungan mereka, malah mereka masih meluangkan masa bersama meskipun masing-masing sibuk dengan komitmen pengajian dan kerja.

“Kami tinggal berasingan, cuma sekarang agak sibuk dan jarang ‘lepak’. Tetapi, kami selalu sahaja berjumpa. Bulan lepas, saya baru jumpa dia di rumah dan kami makan piza bersama.

“Cuma buat masa ini, masing-masing agak sibuk dengan komitmen pengajian dan kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Zaki menjelaskan, pandangannya supaya Osama lebih aktif menghasilkan kandungan media sosial dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri dalam bidang penciptaan kandungan.

Katanya, dia tidak pernah memaksa Osama mengikut cadangan berkenaan, sebaliknya menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada abangnya.

“Saya pernah cadangkan kepadanya untuk cuba menghasilkan kandungan sendiri. Saya tinggal berasingan dengan ayah, jadi apabila berjumpa ayah, saya akan rakam momen bersama untuk dijadikan kandungan, sekadar suka-suka.

“Osama ada kelebihan kerana dia memang tinggal dengan ayah. Kalau tidak mahu menghasilkan kandungan bersama ayah, dia boleh sahaja berusaha menghasilkan kandungan sendiri.

“Saya hanya memberikan cadangan, tetapi terpulang kepadanya untuk ikut atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, Zaki dalam temu bual media berharap Osama lebih aktif memanfaatkan peluang menghasilkan kandungan media sosial bagi mengukuhkan namanya dalam bidang seni.

Zaki turut mencadangkan supaya Osama tidak melepaskan peluang menghasilkan kandungan bersama Jamal sekiranya mempunyai kesempatan.

Bagaimanapun, kenyataan itu dipercayai menimbulkan salah faham apabila Osama menerusi hantaran di Threads menegaskan mahu membina nama sendiri dan tidak mahu dibayangi atau dikenali hanya kerana statusnya sebagai anak Jamal.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Larian Amal Selebriti ERATV 2027 Bakal Himpunkan 1,000 Peserta

0
KUALA LUMPUR - Larian Amal Selebriti ERATV (LASE) 2027 bakal menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta termasuk selebriti tanah air dalam usaha mengumpul dana bagi Tabung...

CATEGORIES