SEPANG, 5 OKTOBER 2026 – Sempena kembalinya laluan Ahmedabad dan Amritsar yang dinanti-nantikan, AirAsia menawarkan tambang istimewa bagi penerbangan ke dua destinasi ikonik di India ini, dengan tambang termasuk semua sehala bermula daripada RM669* untuk tempoh terhad.
Tempoh Tempahan: 5 – 11 Oktober 2026
Tempoh Perjalanan:
Ahmedabad: 25 Oktober 2026 – 31 Ogos 2027
Amritsar: 2 Disember 2026 – 31 Ogos 2027
Kekerapan Penerbangan: 4 kali seminggu bagi kedua-dua destinasi Ahmedabad dan Amritsar
Terokai India bersama AirAsia
Dengan kembalinya penerbangan AirAsia ke Ahmedabad dan Amritsar, para tetamu kini dapat menikmati kemudahan perjalanan dari Kuala Lumpur ke dua destinasi menarik di India. Sambungan ini menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengembara untuk menerokai kepelbagaian budaya, menikmati pengalaman baharu serta mengunjungi keluarga dan insan tersayang.
Nikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar dengan tawaran tambahan:
-
Fleksibiliti: Nikmati pengecualian yuran pertukaran penerbangan sebanyak satu kali** sekiranya perlu mengubah perancangan perjalanan, tanpa dikenakan yuran pemprosesan.
-
Kemudahan: Tambahkan bagasi daftar masuk sebanyak 20kg pada harga hanya RM30*** ketika membuat tempahan penerbangan untuk pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan selesa.
Nikmati tawaran eksklusif untuk pengembaraan anda seterusnya melalui aplikasi AirAsia MOVE dan airasia.com. Lebih banyak destinasi, lebih banyak penjimatan, lebih banyak pengalaman untuk diterokai bersama AirAsia!
*Termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj perkhidmatan kawal selia, surcaj bahan api serta caj lain yang berkenaan. Sah untuk penerbangan terpilih sahaja.
**Perbezaan tambang mungkin dikenakan.
***Sah untuk pembelian semasa tempahan penerbangan awal melalui AirAsia MOVE sahaja, tertakluk kepada ketersediaan dan tempoh perjalanan sehingga 30 November 2026. Tertakluk kepada terma dan syarat.





