Friday, October 2, 2026
HomeHIBURANBerhabis RM8,000 Untuk Dua Tiket F1, Ain Edruce Buat Kejutan Buat Suami

Berhabis RM8,000 Untuk Dua Tiket F1, Ain Edruce Buat Kejutan Buat Suami

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Ain Edruce sanggup berhabis RM8,000 untuk membeli dua tiket perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semata-mata mahu membuat kejutan buat suaminya, Mirul.

Ain atau Nurulain Edruce, 35, berkata, dia tidak mengetahui banyak mengenai F1 sebelum ini namun tetap nekad membayar harga tersebut yang merupakan dua kali ganda dari harga sebenar memandangkan banyak kategori sudah habis terjual.

“Cerita malam ini, saya rancang nak beri kejutan kepada Mirul dengan membeli tiket F1. Saya tak tahu langsung tentang F1 malah tengok banyak tiket sudah ‘sold out’.

“Jadi, saya cepat-cepat buka aplikasi Viagogo untuk beli. Tak sabar nak beri kejutan dan bagi pada dia pagi tadi (semalam).

“Tapi dia memang betul-betul terkejut!Bukan sebab tiket tetapi sebab harga yang saya beli, kategori Grandstand (tempat duduk khusus) saja pun. Aku beli RM8,000 untuk dua orang,” katanya dalam satu hantaran Thread.

Dalam pada itu, Ain mengakui dia hanya mengetahui tiket yang dibeli itu terlalu mahal dan boleh didapati dengan harga yang lebih murah.

“Saya baru tahu bahawa harga tiket itu tak mahal begitu pun. Buka thread lagi sedih, tiket ‘reseller’ jual murah-murah.

“Agak-agak boleh bayangkan muka Mirul macam mana sewaktu saya beritahu harga?.

“Cuma saya memang tidak fikir apa-apa sebab niat nak belanja suami,” katanya lagi.

Sebelum ini, laman sesawang rasmi GP Bahrain memaparkan kadar harga tiket masuk dan bagi pemegang MyKad, mereka layak menikmati kadar khas bagi enam kategori tempat duduk antara RM200 hingga RM2,083.40.

Difahamkan, pilihan kategori paling berpatutan ialah Hillstand G pada harga RM200, manakala tiket bagi Hillstand B dan Hillstand C masing-masing berharga RM809.60.

Bagi tempat duduk Grandstand, tiket berharga RM1,291.40 untuk Grandstand F, RM1,386 bagi Grandstand K1 dan RM2,083.40 untuk Grandstand Utama.

Grandstand Utama, Grandstand K1 dan Grandstand F menawarkan tempat duduk serta ruang tontonan di atas bumbung manakala Hillstand B, C dan G adalah kawasan berumput dan terbuka.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

MINDEF Perkukuh Ketahanan Rakyat Menerusi Program Literasi Pertahanan Nasional

0
KOTA KINABALU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) melancarkan Program Literasi Pertahanan Nasional bagi membina ketahanan rakyat melalui peningkatan kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab mempertahankan...

CATEGORIES