Friday, September 25, 2026
HomeBERITAPembantu Jurujual Dituduh Tipu Pakej Umrah Persendirian RM35,736

Pembantu Jurujual Dituduh Tipu Pakej Umrah Persendirian RM35,736

BALIK PULAU – Pembantu jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian membabitkan kerugian RM35,736.

Syed Syafiq Syed Azhar, 38, didakwa di hadapan Majistret Chia Huey Ting mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun, dengan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Lelaki itu didakwa memperdaya pengadu dengan membuat representasi boleh menyedia dan mengurus pakej umrah persendirian termasuk penerbangan pergi balik serta penginapan di Makkah dan Madinah.

Bagaimanapun, representasi berkenaan didakwa palsu atau tidak benar, yang mendorong pengadu menyerahkan RM35,736 menerusi akaun Bank Islam atas syarikat Fique Lagacy yang didaftarkan di atas nama tertuduh.

Syed Syafiq didakwa melakukan kesalahan itu Februari tahun lalu di Persiaran Bayan 3, Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini.

Tertuduh yang diwakili peguam, Hazarul Iqram Rozahan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon ikat jamin rendah kerana hanya berpendapatan RM3,000 sebulan dan menanggung seorang anak.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sofi Jaafar mencadangkan jumlah jaminan setimpal sebagai pengajaran sebelum mahkamah menetapkan jaminan RM7,500 dan 19 November untuk sebutan semula serta serahan dokumen.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Warga China Mengaku Salah, Cuba Curi Dompet Di Dalam Pesawat

0
BALIK PULAU - Seorang lelaki warna China mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan cuba mencuri dompet daripada beg galas milik seorang...

CATEGORIES