Sunday, April 19, 2026
HomeHIBURANNora Ariffin Sudah Stabil, Keadaannya Tidak Membimbangkan

Nora Ariffin Sudah Stabil, Keadaannya Tidak Membimbangkan

PETALING JAYA – “Alhamdulillah, keadaan Nora stabil dan tidak membimbangkan.”

Demikian perkongsian pengurus kepada Datuk Nora Ariffin yang dikenali sebagai Jaja mengenai perkembangan terkini  penyanyi itu apabila dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Menurutnya, Nora yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Kajang kini berada dalam keadaan stabil, kongsi Kosmo.

Bahkan katanya, suami Nora iaitu Dr. Rushdi Ramli memaklumkan keadaan penyanyi itu tidak membimbangkan.

“Alhamdulillah, keadaan Nora stabil dan tidak membimbangkan. Dia juga dalam keadaan sedar.

“Mohon doakan agar Nora diberikan kesembuhan,” kongsinya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambahnya, pelantun lagu Hanya Satu itu dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu selepas mengalami demam panas dan sesak nafas.

Sejak semalam, tular tangkap layar perkongsian Rusdhi dalam Instagram memaklumkan Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kajang akibat sesak nafas.

Menerusi perkongsian tersebut, Rushdi turut memohon orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES