Friday, October 23, 2026
HomeHIBURAN‘Untuk Penyamar, Nak Doa Ke Neraka Tapi Tak Mengapalah’ - Wany Hasrita

‘Untuk Penyamar, Nak Doa Ke Neraka Tapi Tak Mengapalah’ – Wany Hasrita

PETALING JAYA – Identiti dicuri penyamar, penyanyi Wany Hasrita memberi amaran kepada jurugambar dan juruvideo supaya berhati-hati selepas namanya dipercayai digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk menawarkan sesi penggambaran peribadi.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, berkata, dia menerima maklumat mengenai pihak tertentu menghubungi jurugambar atau juruvideo menggunakan namanya menerusi Whatsapp sebelum menawarkan pekerjaan bagi menghasilkan kandungan foto atau video.

“Selamat pagi. Untuk semua jurufoto atau juruvideo yang terima WhatsApp daripada ‘saya’ yang ingin upah buat ‘private photo atau video shoot’.

“Ingin saya tekankan di sini, itu bukan saya,” tulisnya dalam hantaran di platform Threads.

Menerusi hantaran sama, penyanyi lagu Menahan Rindu itu turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang ‘terkena’ modus operandi scammer terbabit.

“Maaf untuk segala kesulitan,” ujarnya.

Wany juga memgingatkan individu penyamar itu segera bertaubat selain menghentikan perbuatan jahat berkenaan.

“Dan untuk awak yang menyamar, nak doa semoga masuk neraka tapi tak mengapalah.

“Semoga diberikan taufik dan hidayah. Amin,” tambahnya.

Difahamkan Wany terpaksa memberi amaran menerusi laman sosial selepas penyamar terus menjalankan aktiviti kotornya tanpa rasa takut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PERNAS Bantu Pelajar SPM Menerusi Program Jejak Cemerlang

0
KUALA LUMPUR – Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) meneruskan komitmennya dalam memperkasa bidang pendidikan dengan membantu 180 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri...

CATEGORIES