Thursday, September 3, 2026
HomeHIBURAN‘Berhenti Tayang Drama Menormalisasi Hubungan Songsang’

‘Berhenti Tayang Drama Menormalisasi Hubungan Songsang’

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Ustaz Wadi Annuar menyeru penggiat seni dan pihak penerbitan agar segera menghentikan penghasilan serta penayangan drama yang cuba menormalisasikan hubungan songsang dalam masyarakat.

Menurutnya, tindakan menyebarkan konten atau jalan cerita seumpama itu secara terbuka dikhuatiri berupaya merosakkan pemikiran masyarakat khususnya golongan muda dan generasi akan datang.

“Berhentilah menayangkan drama yang menormalisasikan hubungan songsang.

“Jangan racuni pemikiran generasi akan datang sehingga perkara yang Allah larang dianggap biasa,” katanya dalam Threads.

Terdahulu, kontroversi drama Madu Atau Racun tercetus selepas beberapa klip daripada drama berkenaan tular dalam media sosial, sekali gus mengundang reaksi kurang senang khalayak yang menyifatkan terdapat kandungan menyentuh sensitiviti agama serta norma masyarakat tempatan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meminta saluran penstriman iQIYI menghentikan sementara tayangan drama kontroversi, Madu Atau Racun bagi melalui proses suntingan semula sebelum disiarkan kembali kepada umum.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Daud berkata, enam episod terawal yang sudah disiarkan juga perlu ‘diturunkan’ dahulu untuk suntingan sehingga panel penilai memberikan kelulusan penuh.

Drama arahan Eyra Rahman itu menampilkan Aliff Aziz, Elisya Sandha serta Uqasha Senrose mengangkat kisah rumah tangga, konflik poligami serta hubungan antara suami dan isteri.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian menteri berkaitan yang menolak tayangan drama terbabit atas sebab boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Misha Rentas Sisi Maskulin Dalam Showcase Aku & Lelaki

0
KUALA LUMPUR - Enggan menyajikan persembahan dengan konsep sama setiap kali bertemu peminat , penyanyi tersohor Misha Omar bakal menampilkan sisi berbeza menerusi showcase eksklusif,...

CATEGORIES