Friday, August 28, 2026
HomePERNIAGAANAwantec Catat Prestasi Lebih Kukuh Pada 2QFY2026, Perkasa Inisiatif Strategik AI Dan...

Awantec Catat Prestasi Lebih Kukuh Pada 2QFY2026, Perkasa Inisiatif Strategik AI Dan Transformasi Digital

CYBERJAYA, 27 Ogos 2026 – AwanBiru Technology Berhad (“Awantec”) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (“PAT”) sebanyak RM7.3 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (“2QFY2026”) dan berjaya menyelesaikan pengagihan berkaitan Skim Penyusunan Semula (“SOA”) SKIN.

Didorong oleh peningkatan penggunaan teknologi awan dalam sektor awam dan swasta, Awantec terus memperkukuh operasi terasnya sambil memacu pengembangan strategik dalam bidang Perkhidmatan Terurus Awan, Keselamatan Siber dan AI. Sementara itu, lanjutan Perjanjian Kerangka Kerajaan bagi Perkhidmatan Awan mengukuhkan peranan penting Awantec dalam inisiatif awan sektor awam, ketika Kumpulan secara aktif memperluaskan perkhidmatan terurus bernilai tinggi dan berulang.

“Dengan kerjasama teknologi yang kukuh, kedudukan kewangan yang mantap serta kepakaran teknikal yang terus berkembang, kami kekal positif terhadap prospek masa depan kami. Fokus kami kekal untuk memacu pertumbuhan mampan jangka panjang melalui pengembangan penyelesaian bernilai lebih tinggi, mengutamakan aliran hasil berulang serta mempelbagaikan keupayaan teknikal dan asas pelanggan kami,” kata Pn Azizah Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Awantec.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rajin Belajar Masak Strategi Elisya Sandha Pikat Mentua

0
KADANGKALA, hubungan antara menantu dan ibu mentua tidak semuanya indah. Bukan semua bertuah mendapat keserasian, dan salah percaturan, sengketa pula yang tiba. Bagi pelakon, Elisya...

CATEGORIES