Friday, August 28, 2026
HomeHIBURANMajlis Pelancaran Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa)

Majlis Pelancaran Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa)

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Pelancaran Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa) di Tabika Perpaduan Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.

Modul Integriti Kanak-kanak (MIKa) adalah satu daripada usaha dan inisiatif Institut Integriti Malaysia (IIM) dalam menanam nilai integriti dari peringkat awal pendidikan kanak-kanak. MIKa bermatlamat untuk menjadi satu daripada modul utama pendidikan integriti di peringkat pendidikan awal kanak-kanak yang diguna pakai secara menyeluruh oleh TASKA, TADIKA dan Prasekolah di seluruh negara. Selain itu, modul ini dapat mengajar etika dan moral melalui pembinaan tingkah laku dan menintegrasikan integriti dalam pembelajaran.

Skop MIKa diperluaskan dengan sasaran yang lebih berfokus kepada dua kategori iaitu Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) yang berumur antara 2-4 tahun dan Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) dan Prasekolah yang berumur 5-6 tahun. Sebanyak 50 buah TASKA dan TADIKA akan menjadi perintis kepada MIKa yang akan dilaksanakan pada bulan Oktober ini.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara berkata, “KPN menyokong sepenuhnya pelaksanaan modul ini bagi menerapkan kesedaran awal kepentingan integriti terutama bagi murid dan kanak- kanak di Taska dan Tabika Perpaduan. Penerapan nilai integriti sejak usia kecil amat penting kerana anak-anak inilah yang bakal menjadi generasi pewaris negara. Justeru, pendidikan integriti dan perpaduan perlu bergerak seiring dalam membina generasi Malaysia yang bukan sahaja berakhlak, tetapi turut menjunjung keharmonian dan kemakmuran bersama.”

Kementerian Perpaduan Negara adalah satu daripada kementerian yang terlibat secara langsung dalam pembangunan MIKa selain daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Universiti Selangor (UNISEL) serta pihak badan bukan kerajaan seperti Persatuan Tadika Malaysia (PTM), Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia (PPBM) serta Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hatrik Kylian Mbappe Bantu Madrid Belasah Sociedad

0
MADRID - Dalam aksi La Liga, Kylian Mbappe tampil dengan persembahan memukau apabila meledak hatrik untuk membantu Real Madrid membelasah Real Sociedad 4-1, sekali...

CATEGORIES