Thursday, August 27, 2026
HomeHIBURAN'Saya Tidak Boleh Janji Hebat Menyanyi' – Jalaluddin Hassan

‘Saya Tidak Boleh Janji Hebat Menyanyi’ – Jalaluddin Hassan

BERKELANA sebagai anak seni sejak hampir empat dekad, tidak pernah terlintas dalam fikiran figura bernama Datuk Jalaluddin Hassan mahu menyertai program realiti berbentuk nyanyian.

Kendatipun, itulah yang berlaku tatkala namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES26) yang mula bersiaran Sabtu lalu.

Dedah figura berusia 72 tahun itu, dia menyangka menerima tawaran untuk menjadi juri sebaliknya tersenarai sebagai salah seorang peserta.

“Pada awalnya memang tak sangka akan sertai sebab ketika pihak penganjur hubungi, saya ingatkan dijemput menjadi juri, rupa-rupanya sebagai peserta.

“Agak terperanjat jugalah kemudian saya diberitahu tahun ini barisan peserta terdiri daripada selebriti dan pengacara senior.

“Kemudian saya tertarik dengan konsep beramal sambil berhibur iaitu hadiah pemenang mingguan akan diberikan kepada anak seni yang memerlukan,” katanya.

Tutur Jalaluddin, dia mengakui tidak pernah terbayang dirinya membuat persembahan nyanyi di pentas program realiti televisyen sebelum ini.

Namun, semangatnya berkobar-kobar apabila berkongsi pentas dengan sembilan lagi peserta iaitu Datuk Tarmimi Siregar, Mubarak Majid, Amyza Adnan, Rashdan Baba, Kathy Azian, Zila Bakarin, Maria Tunku Sabri, Fazlina Ahmad Daud dan Rahim Omar.

“Saya terfikir juga bagaimana peserta umur 72 tahun seperti saya nak buat persembahan sebab ‘alignment’ pun sudah lari.

“Namun, saya sahut cabaran ini bersama sembilan lagi selebriti lain. Sebenarnya bangga juga dapat sertai KES26 sebab ada barisan artis hebat lain.

“Cuma paling teruja pastilah kerana dapat membantu dengan memberi sumbangan kepada anak seni yang berdepan kesulitan hidup,” ujarnya.

Bukan sahaja berhibur dan beramal, dia juga tertarik untuk menyertai KES26 kerana berpeluang mencari ilmu baharu dalam bidang nyanyian yang kurang diterokai sebelum ini.

“Bagus juga sebab dapat tuntut ilmu dalam bidang nyanyian yang memang saya minat sejak kecil cuma tidak ke arah profesional.

“Walaupun minat menyanyi tidak semestinya cara dan teknik nyanyian kita betul sebab tiada ilmu asas tambahan pula saya memang fokus pada lakonan saja sebelum ini.

“Sekarang, Tuhan kembalikan minat itu dengan terlibat dalam KES26, saya tak tahulah nasib saya macam mana nanti. Harap dapat buat yang terbaik dan hiburkan penonton,” ujarnya lagi.

Tambah Jalaluddin, dia menjangkakan setiap peserta akan memberi persembahan menghiburkan selain menyuntik pelbagai bentuk emosi dalam nyanyian masing-masing.

“Kalau nyanyian, saya tidak boleh janji akan hebat tetapi kelebihan kami sebagai pelakon, boleh suntik emosi dalam penghayatan lagu.

“Saya harap berhasillah gabungan vokal, emosi dan persembahan kami semua nanti, insya-Allah,” jelasnya.

Kritikan

Dijurikan Datuk Yusry Abdul Halim dan Jihan Muse, dia bersedia untuk menerima setiap komen dengan berlapang dada.

Katanya, kritikan adalah perkara biasa dan sudah menjadi asam garam dalam hidupnya terutama selepas bergelar anak seni sejak lebih empat dekad lalu.

“Kalau cakap pasal kritikan, saya okey saja sebab sudah lali.

“Cara saya akan terima komen secara positif kerana semua itu untuk kebaikan dan input bagi persembahan seterusnya.

“Komen juri sangat penting kerana kita boleh belajar dan perbaiki kelemahan persembahan atau nyanyi untuk minggu-minggu seterusnya,” katanya yang juga peminat lagu Bollywood.

Dalam pada iu, Jalaluddin juga memberitahu akan sentiasa memegang pesanan arwah bapanya supaya menjaga sebutan dan intonasi sekiranya mendendangkan lagu bahasa lain selain bahasa Melayu.

“Saya selalu ingat pesan arwah bapa, kalau nak menyanyi lagu milik penyanyi lain, pastikan lakukan dengan baik. Jangan sesekali rosakkan lagu orang.

“Kalau saya nyanyi lagu Hindustan, arwah bapa saya kata ‘ya, bunyi macam Hindustan, jangan bunyi macam Melayu.’

“Itu antara pesanan yang orang tua saya tinggalkan. Saya akan gunakan teguran tersebut untuk pastikan sebutan dalam nyanyian betul-betul tak ada bunyi Melayu jika menyanyikan lagu bahasa lain,” katanya seraya menamatkan temu bual.

Jalaluddin mengakui sangat meminati dunia nyanyian, namun lakonan menjadi lubuk utama menggali rezeki sejak empat dekad lalu berkecimpung dalam arena seni.

Segmen tribute antara yang meninggalkan kesan dalam konsert Headbang Live & Loud XPDC Kita Peng Yu (KPY) di Odeon KL yang berlangsung pada malam minggu lalu.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ella Kembali Ke Tanah Kelahiran, Cipta Sejarah Menerusi Konsert Sold Out...

0
PULAU PINANG, 23 OGOS 2026 – Selepas kali terakhir mengadakan persembahan di Pulau Pinang pada 2023, Ella kembali ke negeri kelahirannya menerusi Majlis Tertinggi...

CATEGORIES