Monday, August 24, 2026
HomeBERITASekolah Jangan Sorok Kes Buli, Lapor Polis Segera

Sekolah Jangan Sorok Kes Buli, Lapor Polis Segera

SHAH ALAM – Pihak sekolah diminta tidak menyembunyikan kes buli sebaliknya segera melaporkannya kepada polis bagi membolehkan tindakan awal diambil sebelum masalah menjadi lebih serius.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, memang sebelum ini agak sukar laporan diberikan kerana memberi nama atau reputasi buruk kepada institusi pendidikan itu.

“Namun bila isu kerap diviralkan, nasib baik juga diviralkan kalau tidak kita tidak tahu, pihak kami tangani dengan segera apa juga diviralkan.

“Sebaiknya sebelum menjadi melarat, kalau nampak bunga-bunga atau api masih kecil itu, ditangani supaya PPS dapat bertindak awal. Mungkin ada isu lain di sebalik buli yang tidak nampak,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan penyampaian sijil pelantikan kepada 549 Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa (Suksis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM di sini.

Noor Hisam bagaimanapun enggan mengulas jumlah hot spot atau sekolah bermasalah yang berada dalam radar pihaknya.

Beliau berkata, semua sekolah berpotensi namun terpulang kepada penguatkuasaan dan pengawalan disiplin di sesebuah sekolah.

“Dewasa ini pengaruh daripada wayang dan game berikan kesan kepada daya fikir remaja-remaja. Jadi bergantung kepada pihak sekolah mengekangnya dan tidak boleh berharap polis semata-mata sebab mereka paling hampir dan kerap dengan remaja ini,” jelasnya.

Noor Hisham berkata, peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) menerusi peningkatan ilmu dan kemahiran bagi membantu menangani isu buli di sekolah.

Pada masa sama, kata beliau, polis sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi memastikan isu buli dapat dikesan lebih awal.

“Kita sentiasa mengusahakan langkah meningkatkan kekerapan rondaan kereta peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan sekolah.

“Kita tidak mampu meletakkan anggota polis di semua sekolah di seluruh Malaysia dan tidak mampu berada di semua sekolah setiap masa.Mungkin ada kadar tertentu bagi menunjukkan kehadiran polis,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ziana Zain Anggap Gelaran Datuk Wira Amanah, Penghargaan

0
MELAKA: Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Roziana Zain atau Ziana Zain menyifatkan penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Wira sebagai...

CATEGORIES