Thursday, August 20, 2026
HomeHIBURANFarah Nabilah Kembali Berlakon, Suami Tetapkan Syarat

Farah Nabilah Kembali Berlakon, Suami Tetapkan Syarat

KUALA LUMPUR – Tujuh tahun berehat daripada dunia lakonan, pelakon Farah Nabilah kini kembali mewarnai industri hiburan namun dengan beberapa syarat ditetapkan suami.

Menurut Farah atau nama lengkapnya Farah Nabilah Saipuddin, 34, berkata, syarat yang ditetapkan suaminya bukanlah terlalu ketat namun seiring statusnya sebagai ibu dan imej berhijab.

Antara syarat ditetapkan, tidak boleh melakukan babak melibatkan sentuhan atau berpegangan dengan pelakon lelaki dan harus mengelak daripada membawa watak antagonis.

“Ya, syaratnya tak boleh berpegangan (dengan lelaki). Bagi saya babak romantis boleh saja menjadi tanpa sentuhan, kalau betul betul menghayati watak dan lontarkan dialog.

“Karakter yang dibawa pun mungkin menjadi seorang ibu dan bukannya penyondol. Sebenarnya suami pun tak beri saya berlakon watak antagonis.

“Katanya anak-anak tengok televisyen nanti mereka tak boleh bezakan antara lakonan dan realiti. Kalau watak antagonis kan negatif, saya cuba elak. Ada saja tawaran tetapi wataknya terlalu jahat. Ia sudah bercanggah dengan prinsip saya,” jelasnya.

Kata pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Titian Cinta itu, kesediaan kembali berlakon juga didorong situasi semasa apabila dua orang anak lelakinya sudah mencecah usia enam dan empat tahun.

“Ada juga yang ingat saya sudah berhenti berlakon. Sebenarnya selepas saya berkahwin, tiba-tiba dunia dilanda Covid-19. Kemudian saya melahirkan anak. Jadi saya fokus kepada keluarga.

“Kini anak-anak saya pun dah besar, mereka dah boleh meluahkan apa yang mereka mahu dan rasa. Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya kembali berlakon,” katanya ketika ditemui di sidang media drama Sepenuh Hati Rindu, semalam.

Bercerita lanjut tentang drama ‘comeback’ yang menggandingkan dirinya dengan Shah Jazle, Farah sebenarnya berdebar untuk kembali ke set penggambaran memandangkan sudah lama tidak berlakon.

“Watak yang saya lakonkan ini sangat berat. Berlakon pula di kawasan kampung dan pantai di Pahang. Dengan cuaca panas terik lagi. Berkali-kali juga saya akan tanya pengarah sama ada lakonan saya okey atau tidak.

“Saya banyak buat rujukan dengan menonton filem Hindi seperti Kabhi Kushi Kabhi Gham untuk mendapatkan emosi yang tepat.

“Watak saya bermain dengan banyak lapisan emosi. Saya harap peminat dapat terima lakonan saya selepas sekian lama tidak muncul dalam televisyen,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ibu Ditembak Mati, Anak Dicampak Dalam Gaung

0
JAKARTA – Kumpulan Penjenayah Bersenjata (KKB) sekali lagi melakukan keganasan di  Papua Tengah selepas menjadikan sembilan wanita tebusan, menembak mati seorang ibu dan  mencampakkan...

CATEGORIES