Thursday, August 20, 2026
HomeBERITAKes Rocky: Shah, Roghini Mengaku Tak Salah

Kes Rocky: Shah, Roghini Mengaku Tak Salah

KLANG – Seorang penghantar barang dan wanita dikatakan pemilik anjing Rocky mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kesakitan terhadap haiwan itu, tiga minggu lalu.

Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24 dan S. Roghini Devi, 42, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Shah didakwa secara tidak munasabah telah menjerut seekor anjing jantan menggunakan tali gelung (loop) sehingga menyebabkan kesakitan ke atas haiwan itu.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Sama Gagah, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang antara pukul 11 hingga 11.30 malam pada 29 Julai lalu.

Sabit kesalahan boleh dihukum denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama.

Roghini pula didakwa secara tidak munasabah menarik seekor anjing jantan di lokasi dan tarikh sama.

Sabit kesalahan, kedua-dua merke boleh dihukum denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya, mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Mohd. Sharif
Sabran mencadangkan jaminan RM20,000bagi kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di Jabatan Veterinar Selangor.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memohon jaminan RM3,500 dengan Muhamad Shah tidak risiko melarikan diri.

“Jaminan tidak seharusnya menjadi bentuk hukuman dengan cadangan jaminan itu adalah setimpal dengan hukuman pada seksyen pertuduhan.

“Syarat tambahan dikenakan adalah menekan belum didapati bersalah. OKS juga telah 22 tahun tinggal di tempat sama,” jelasnya.

Peguam Jeremy Vinesh Anthony mewakili Roghini memaklumkan anak guamnya menanggung ahli keluarga selain suaminya merupakan orang kurang upaya.

“Dia adalah ibu kepada empat anak dan memohon jaminan RM3,500 tanpa syarat tambahan,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM6,000 setiap seorang penjamin dan melaporkan diri sebulan sekali di Jabatan Veterinar Selangor. Sebutan semula kes pada 8 Oktober depan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Bukan Buka Aib, Dulu Saya Takut Bersuara’ – Kaka Azraff

0
PETALING JAYA – Enggan menipu diri sendiri, penyanyi Kaka Azraff memilih untuk lebih terbuka menyuarakan isi hati serta berkongsi pengalaman sebagai seorang wanita yang...

CATEGORIES