Wednesday, August 19, 2026
HomeBERITAMenyamar Syarikat Telco, Guna MyKad AI Perdaya Mangsa

Menyamar Syarikat Telco, Guna MyKad AI Perdaya Mangsa

PETALING JAYA – Seorang scammer dipercayai menyamar sebagai kakitangan syarikat telco, malah memberikan gambar MyKad dan kad kerja dijana menggunakan teknologi buatan (AI) semata-mata mahu memperdaya mangsa.

Menerusi hantaran pengguna Threads Agentkimie, dia mendakwa menerima panggilan pukul 7.10 malam semalam yang mendakwa daripada sebuah syarikat telco dan ia dijawab oleh isterinya.

“Semasa dalam panggilan tu, orang yang call (buat panggilan) tu siap hantar WhatsApp gambar IC (kad pengenalan) dan ID (kad kerja syarikat telco) sebagai bukti menunjukkan dia pegawai sah. Sebenarnya ini modus operandi scammer.

“Slang atau accent (cara bercakap) scammer ni memang tak sama macam bangsa Melayu rakyat Malaysia. Di IC tu pun memang jelas tulis dari Sabah, jadi kebarangkalian scammer tak fasih bertutur dalam bahasa Melayu tu tinggi.

“Scammer tu cakap “dua bulan akan datang, bil free tak perlu bayar”. Tambah si scammer, “ada 1,300 point boleh withdraw through bank personal”,” katanya pada hantaran itu malam tadi.

Lelaki itu berkata, ayat tersebut menjadi tarikan utama untuk memperdaya mangsa-mangsa di masa akan datang.

“Jadi, saya dah pelik apahal tak ada pun redeem point (tebus mata ganjaran) dekat aplikasi. Lepas tu dia bagi link (pautan) untuk kita semak point account kita,” katanya.

Agentkimie berkata, dia terkejut apabila scammer berkenaan didakwa mempunyai nombor kad pengenalannya, nama penuh dan pelan telefon digunakan.

Katanya, scammer berkenaan didakwa bertanya mengenai akaun bank sekali gus dia mula tersedar ia adalah cubaan penipuan daripada scammer berkenaan.

Lelaki itu mendakwa, scammer itu juga dipercayai menawarkan tebusan melalui Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) pada platform e-dagang.

“Saya dah mula cemas, saya suruh isteri tunggu kejap, saya nak check semak betul-betul dalam apps (aplikasi syarikat telco). Isteri saya terus mute call.

“Saya cakap tamatkan panggilan dan kita orang block (sekat nombor telefon) scammer tu pasti terus tukar kata laluan bank kami. Esok memang aku nak pergi (syarikat telco) nak tahu macam mana dia boleh dapat maklumat peribadi aku,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Azad Bagi ‘Hint’ Ammara Bakal Bekerjasama Dengan No Na

0
KUALA LUMPUR – Meskipun single anaknya, Ammara yang berjudul Slay menerima kecaman negara seberang, penyampai radio dan pelakon, Azad Jazmin, menganggap kontroversi tersebut sebagai...

CATEGORIES