Monday, August 10, 2026
HomeHIBURAN"Imran Pun Banyak Membantu Saya" - Dahlia Rizal Perjelas Isu Ditinggalkan Suami...

“Imran Pun Banyak Membantu Saya” – Dahlia Rizal Perjelas Isu Ditinggalkan Suami Ketika Berpantang

Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal tampil menjelaskan isu membabitkan suaminya, Imran Aqil yang didakwa meninggalkan dirinya ketika dalam tempoh berpantang.

Menerusi perkongsian di Threads, Dahlia mengakui dirinya mengalami Postpartum Depression (PPD) yang teruk pada bulan pertama selepas melahirkan anak sulung mereka, Yusra.

Malah, dia pernah terlintas untuk mencampakkan bayinya ketika berdepan keadaan tersebut.

“PPD saya teruk ketika bulan pertama sampai saya rasa macam bukan diri saya lagi.

“Macam nak campak anak, tapi Alhamdulillah ketika itu saya ada Imran dan ibu bapa saya. Saya bersyukur tidak mengalaminya seorang diri,” tulisnya.

Mengulas mengenai keberangkatan Imran ke Nepal, Dahlia menjelaskan ketika itu keadaan dirinya sudah semakin baik dan Yusra juga sudah berusia tiga bulan.

“Ketika Imran ke Nepal, Yusra sudah pun berusia tiga bulan. Saya pun sudah mula rasa lebih baik dan adik-beradik saya ada bersama. Saya juga ada sokongan di sekeliling saya.

“Bagaimanapun, perkara itu sudah dikongsikan dalam podcast tersebut. Saya tidak menyalahkan sesiapa atas pendapat mereka mengenai kenyataan Imran,” ujarnya.

Dalam masa sama, Dahlia memahami bahawa isu PPD merupakan perkara yang sensitif dan serius.

Namun, dia berharap orang ramai dapat mendengar cerita penuh sebelum membuat kesimpulan.

Malah, Dahlia berkata Imran menyedari kesilapannya dan banyak membantunya sepanjang tempoh tersebut.

“Kalau anda menonton podcast penuh, anda akan faham yang dia tahu apa yang dia lakukan itu bukan perkara yang betul. Dia menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi.

“Saya tahu ramai yang mengambil berat tentang perkara ini kerana PPD adalah topik yang sangat sensitif dan serius. Saya faham ada segelintir orang yang terkesan dengan klip daripada podcast itu.

“Tetapi ketahuilah bahawa Imran pun banyak membantu saya sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Terdahulu, menerusi sebuah podcast, Imran mengakui tidak berada di sisi Dahlia ketika isterinya dalam tempoh berpantang kerana berada di Nepal selama 10 hari bagi menyertai aktiviti pendakian gunung.

Menurut Imran, Dahlia berdepan masalah meroyan selepas melahirkan anak sulung mereka sehingga pernah terlintas untuk mencampakkan bayi tersebut.

Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata mengecam tindakan Imran.

Sumber – Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

AirAsia MOVE dan Korea Tourism Organization Jalin Kerjasama Pacu Pelancongan Melangkaui...

0
KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2026 – AirAsia MOVE (MOVE) dan Korea Tourism Organization (KTO) menjalinkan kerjasama strategik bagi menggalakkan pelancong antarabangsa meneroka lebih banyak...

CATEGORIES