Wednesday, July 29, 2026
HomeHIBURAN‘Buat Baik Tak Makan Modal Pun’ – Riena Diana Mahu Henti Buli...

‘Buat Baik Tak Makan Modal Pun’ – Riena Diana Mahu Henti Buli Siber

PETALING JAYA – Pelakon Riena Diana mengharapkan orang ramai agar menghentikan budaya buli siber serta penyebaran kebencian yang semakin kerap berlaku dalam platform media sosial.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 29, menegaskan bahawa platform media sosial sepatutnya dijadikan medan positif untuk memberikan sokongan dan semangat sesama masyarakat.

“Media sosial sepatutnya jadi ruang untuk kita saling memberi semangat dan sokongan, bukannya tempat sebarkan kebencian atau buat buli siber.

“Kadang-kadang, kata-kata yang kita taip santai di sebalik skrin tu boleh memberi kesan yang sangat mendalam pada jiwa seseorang tanpa kita sedar.

“Nak berbuat baik tak makan modal pun, tapi impaknya boleh jadi bermakna sangat buat orang yang menerima,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelakon drama popular Kampung People itu mengingatkan bahawa setiap individu berhak menerima penghormatan dan membudayakan sifat empati dalam kehidupan.

“Pada akhirnya, kita semua cuma manusia biasa yang masing-masing berhak dihormati.

“Saya betul-betul berharap kita boleh pilih untuk jadi lebih baik, tinggalkan komen yang murni-murni sahaja dan teruskan hidup dengan tenang.

“Ayuhlah saling berbaik-baik antara satu sama lain, tak kira dalam alam maya mahupun dalam kehidupan realiti,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jualan Tiket Konsert Mangu Di Kuala Lumpur Hampir ‘Sold Out’

0
PETALING JAYA – Rockstage Entertainment mengeluarkan panggilan terakhir kepada peminat muzik tanah air dan serantau untuk mendapatkan tiket Konsert Mangu di Kuala Lumpur berikutan...

CATEGORIES