KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2026 – Kurang sebulan menjelang penganjurannya pada 15 Ogos 2026, Latihan Pestapora Malaysia terus menghangatkan debaran peminat menerusi pengumuman barisan artis Fasa 2, sekali gus melengkapkan senarai artis yang bakal menggegarkan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Festival muzik rentas budaya anjuran Hitman Solutions dan Boss Creator itu mengumumkan penyertaan lima lagi nama bersama DJ yang bakal memeriahkan pentas iaitu Tipe-X dan Last Child dari Indonesia, serta Ruffedge, Lah Ahmad, dan DJ Disko Santan & Friends dari Malaysia. Pengumuman ini melengkapkan barisan artis yang akan menghimpunkan artis dari Malaysia dan Indonesia dalam sebuah festival yang meraikan kepelbagaian muzik, budaya dan semangat serumpun.

Barisan Artis Fasa 2 Tambah Kemeriahan Festival
Dikenali dengan karya-karya yang dekat di hati peminat, Last Child bakal membuat penampilan yang pertama di Malaysia, manakala Tipe-X dijangka menghidupkan suasana menerusi gabungan irama ska yang bertenaga dan telah menjadi kegemaran ramai selama lebih dua dekad.
Dari Malaysia pula, kemunculan Ruffedge dan Lah Ahmad pastinya mengimbau nostalgia peminat muzik R&B tempatan menerusi rangkaian lagu malar segar yang pernah mewarnai industri muzik tanah air, sementara DJ Disko Santan & Friends bakal melengkapkan pengalaman festival dengan seleksi muzik yang akan menyemarakkan suasana sepanjang acara berlangsung.


Dengan pengumuman Fasa 2 ini, Latihan Pestapora Malaysia 2026 kini tampil dengan barisan artis yang lebih lengkap, sekali gus menjanjikan sebuah festival yang menghubungkan peminat muzik Malaysia dan Indonesia dalam satu pengalaman hiburan yang unik.
Lebih Daripada Konsert, Sebuah Pengalaman Festival
Selama 12 jam, para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan muzik tanpa henti daripada 15 artis Malaysia dan Indonesia, selain menikmati pelbagai aktiviti yang menjadikan Latihan Pestapora Malaysia lebih daripada sekadar sebuah konsert.
Penambah baik pengalaman festival, pihak penganjur akan menyediakan satu botol air mineral percuma kepada setiap pengunjung ketika mereka memasuki festival, selain menyediakan stesen “free refillable water” bagi memastikan semua peminat kekal tenaga mereka sepanjang acara berlangsung. Selain itu, peminat turut berpeluang mengunjungi vendor makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai pilihan hidangan serta sajian ringan sepanjang acara berlangsung.

Gabungan muzik, makanan, aktiviti dan suasana festival yang penuh warna-warni menjadikan Latihan Pestapora Malaysia 2026 sebagai destinasi wajib buat pencinta muzik serumpun.
Tiket Kini Memasuki “General Admission Phase 2”
Seiring dengan pengumuman barisan artis Fasa 2, jualan tiket kini telah memasuki kategori “General Admission Phase 2” pada harga RM249 bagi setiap tiket.
Bagi mereka yang ingin hadir bersama keluarga atau rakan-rakan, pihak penganjur turut memperkenalkan “Bundle Pesta”, di mana setiap pembelian empat (4) tiket General Admission (GA) pada harga Fasa 1 akan menerima satu (1) tiket General Admission (GA) percuma, sekali gus memberikan penjimatan yang lebih menarik untuk pembelian berkumpulan.
Kategori tiket tempat duduk pula masih dibuka untuk jualan, namun jumlahnya semakin terhad. Orang ramai disarankan mendapatkan tiket lebih awal sebelum semua kategori habis dijual.
Sokongan Pelbagai Rakan Strategik
Latihan Pestapora Malaysia 2026 turut mendapat sokongan daripada pelbagai rakan strategik yang memainkan peranan penting dalam menjayakan festival ini.
Perbadanan Stadium Malaysia tampil sebagai Rakan Lokasi, diikuti Warrior selaku Rakan Minuman, Sunway Putra Hotel sebagai Rakan Hotel, serta Malaysia Airlines sebagai Rakan Penerbangan Rasmi.

Festival ini turut disokong oleh rakan radio ERA FM, ERA Sabah, ERA Sarawak, HITZ, MIX, SINAR dan THR GEGAR, manakala Astro Gempak, MeleTOP, World of Buzz serta Foodie menjadi Rakan Media rasmi. Festival ini juga mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia.
Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini, ikuti @latihanpestapora.my di semua platform media sosial.





