Saturday, May 23, 2026
HomePERNIAGAANAmanahRaya Perkukuh Komitmen ESG Melalui Inisiatif "5R & Trash For Cash"

AmanahRaya Perkukuh Komitmen ESG Melalui Inisiatif “5R & Trash For Cash”

Kuala Lumpur, 21 Mei 2026 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) terus memperkukuh agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) menerusi penganjuran program “AmanahRaya Love & Care: 5R & Trash for Cash” dengan kerjasama SWCorp Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan AmanahRaya dalam mempromosikan pengurusan sisa secara berhemah, budaya kerja mampan serta meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan warga kerja.

Program ini merupakan sebahagian daripada pelan hala tuju ESG AmanahRaya , ke arah mencapai sasaran kelestarian 2030, khususnya dalam usaha mengurangkan sisa operasi serta membudayakan amalan mesra alam sekitar di seluruh organisasi.

Program yang diadakan di Vista Tower, The Intermark Kuala Lumpur, tersebut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan berunsurkan pendidikan termasuk kempen kitar semula di peringkat syarikat, sesi kesedaran amalan 5R, panduan pengasingan sisa secara praktikal oleh SWCorp Wilayah Persekutuan serta pameran berkaitan inisiatif ESG, inovasi kitar semula dan gaya hidup lestari.

Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan AmanahRaya, Jack Yap Ngee Heong berkata, inisiatif ini membuktikan komitmen AmanahRaya dalam menerapkan budaya kelestarian dalam operasi harian dan budaya korporat organisasi.

“Kelestarian merupakan tanggungjawab bersama dan perubahan tersebut boleh dimulai dengan aktiviti harian yang kita lakukan dalam sesebuah organisasi . Melalui program seperti ini, AmanahRaya berusaha membudayakan kesedaran dan tanggungjawab terhadap alam sekitar di tempat kerja sambil menyokong aspirasi kelestarian negara,” jelas beliau.

Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerja Kumpulan AmanahRaya dengan sebanyak lebih kurang 730 kilogram bahan kitar semula berjaya dikumpulkan .

Sejak pelan ESG diperkenalkan pada tahun 2023, AmanahRaya telah melaksanakan pelbagai inisiatif kelestarian yang memberi fokus kepada pengurangan sisa daripada operasi langsung syarikat. Usaha tersebut berjaya melepasi sasaran awal pengurangan sisa operasi sebanyak 10%.

Antara langkah yang telah dilaksanakan termasuk mengurangkan penggunaan kertas melalui inisiatif pendigitalan, meminimumkan amalan percetakan serta menghapuskan penggunaan botol air plastik sekali guna dalam program dalaman dan luaran syarikat.

AmanahRaya komited untuk mencapai sasaran ESG bagi mengurangkan sisa operasi sebanyak 30% menjelang tahun 2030 menerusi pelaksanaan amalan mampan secara berterusan, penglibatan warga kerja dan program kesedaran alam sekitar.

Sebagai Pemegang Amanah Awam tunggal di Malaysia, AmanahRaya percaya bahawa kelestarian perniagaan bukan sahaja berdasarkan kepada produk dan perkhidmatan terasnya, malah menerusi amalan sosial korporat yang memberi nilai tambah dan impak positif kepada masyarakat juga alam sekitar secara keseluruhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fokus Kepada Penyatuan Kaum, Adi Putra Terbuka Ceburi Bidang Politik

0
Pelakon, Datuk Adi Putra tidak menolak kemungkinan untuk dirinya lebih serius dalam menceburi bidang politik. Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim ini menegaskan...

CATEGORIES