Monday, May 18, 2026
HomeHIBURANTular Dakwaan Upin & Ipin Asal Indonesia? Les’ Copaque Beri Penjelasan -...

Tular Dakwaan Upin & Ipin Asal Indonesia? Les’ Copaque Beri Penjelasan – “Animasi Ini Sepenuhnya Hak Cipta & Karya Kami”

Syarikat produksi studio animasi, Les’ Copaque Production tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan tular yang mengatakan siri animasi popular terbitan mereka, Upin & Ipin berasal dari Indonesia.

Menerusi ciapan di Threads, syarikat produksi ini dengan tegasnya menyatakan bahawa Upin & Ipin merupakan karya asli milik mereka sepenuhnya.

“Animasi Upin & Ipin adalah sepenuhnya hak cipta dan karya Les’ Copaque Production,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai netizen yang rata-ratanya menyokong kenyataan yang dibuat Les’ Copaque itu.

Terdahulu, tular satu video memaparkan sebuah muzium di Indonesia yang didakwa bahawa siri animasi Upin & Ipin berasal dari negara itu.

Dakwa individu itu, hak cipta bagi karakter yang asalnya bernama Ariffin itu telah dibeli sebuah syarikat produksi Malaysia pada 2008.

Untuk rekod, Upin & Ipin mula diterbitkan pada tahun 2007 dan sehingga kini berjaya mencipta fenomena di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Sumber: Threads

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

52 Bot GSF 2.0 Berisiko Dipintas Di Perairan Cyprus

0
PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memaklumkan misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang menuju ke Gaza kini...

CATEGORIES