Friday, May 15, 2026
HomeHIBURANKonsert Peterpan Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Julai Ini

Konsert Peterpan Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Julai Ini

KUALA LUMPUR – Kumpulan legenda Indonesia, Peterpan bakal kembali mengubat rindu peminat menerusi konsert ‘The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita’ yang dijadual berlangsung di Idea Live Arena pada 11 Julai depan.

Konsert nostalgia yang dianggap antara persembahan paling dinantikan tahun ini itu dijangka menghimpunkan ribuan peminat dari Malaysia dan Indonesia yang membesar dengan deretan lagu malar segar kumpulan berkenaan.

Pihak penganjur berkata, muzik Peterpan bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup ramai peminat yang pernah melalui pelbagai fasa kehidupan bersama lagu-lagu mereka.

“Konsert ini bukan sekadar membawa lagu lama kembali ke atas pentas, tetapi meneruskan sebuah perjalanan emosi yang membesar bersama generasi peminat,” kata wakil penganjur dalam satu kenyataan.

Antara barisan artis yang bakal menghidupkan semula karya-karya ikonik Peterpan ialah Marcello Tahitoe, Tantri Syalindri, Rony Parulian, Arda Hatna serta penyanyi tempatan Hael Husaini.

Lebih mengujakan, anggota pengasas Peterpan iaitu Ilsyah Ryan Reza, Loekman Hakim, Andika Naliputra dan Indra turut diumumkan bakal membuat kemunculan khas pada malam tersebut.

Lagu-lagu popular seperti Semua Tentang Kita, Mimpi Yang Sempurna, Yang Terdalam dan Ada Apa Denganmu dijangka menjadi antara momen paling emosional yang bakal membawa penonton mengimbau kenangan lama.

Peterpan

Menurut pihak penganjur, sambutan terhadap konsert itu meningkat mendadak sejak pengumuman rasmi dibuat pada 28 April lalu dengan reaksi luar biasa diterima menerusi media sosial dan komuniti peminat di kedua-dua negara.

“Mungkin inilah yang menjadikan Peterpan begitu istimewa kerana setiap lagu mempunyai memori tersendiri dan ramai mahu merasai semula perasaan yang pernah hadir ketika lagu-lagu itu menjadi sebahagian daripada hidup mereka,” katanya.

Dalam pada itu, pihak penganjur memaklumkan kategori tiket CAT 3 serta semua pakej Royal Box telah habis dijual manakala baki tiket premium kini semakin pantas mendapat sambutan sejak jualan rasmi dibuka pada 8 Mei lalu.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Perdana Menteri Sempurnakan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan

0
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di d’Tempat...

CATEGORIES