Wednesday, June 17, 2026
HomeHIBURANQadejah Dimasukkan Ke Hospital, Shahida Mohon Doa Orang Ramai - “Dia Mengadu...

Qadejah Dimasukkan Ke Hospital, Shahida Mohon Doa Orang Ramai – “Dia Mengadu Sakit Dada, Tak Boleh Bernafas…”

Usahawan dan penyanyi, Datin Seri Shahida meluahkan kebimbangan apabila anak keduanya, Qadejah El Zahra dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, Shahida berkata keadaan anaknya itu membuatkan dirinya tidak senang duduk sebagai seorang ibu.

 “Qadejah mengadu sakit dada malam tadi, nak bernafas pun susah. Mama kalau anak sakit ni tak ada tangguh-tangguh, hati jadi risau fikir bukan-bukan,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di hospital, pemeriksaan mendapati paras platelet darah Qadejah berada pada tahap rendah.

“Sampai saja hospital, doktor periksa darah, platelet dia sangat rendah. Dah tiga kali ambil darah pun masih rendah. Risau mama dibuatnya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shahida turut memohon doa orang ramai agar kesihatan anaknya kembali pulih.

“Minta doa semua agar Qadejah cepat sembuh dan dijauhkan daripada penyakit yang tak sepatutnya.

“Ini nak buat apa pun tak jadi. Hati mak ni kalau anak sakit, lain rasa dia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Suka Lelaki Pandai Bertukang, Buat Wiring’ – Zara Zya

0
PETALING JAYA – Pelakon Zara Zya mendedahkan tertarik kepada lelaki yang memiliki kemahiran melakukan kerja berkaitan teknikal dan tugasan berat. Zara atau nama sebenarnya Zainurul...

CATEGORIES