Tuesday, May 26, 2026
HomeHIBURANKesihatan Norish Karman Kami Kasihi Merudum – Anak

Kesihatan Norish Karman Kami Kasihi Merudum – Anak

PETALING JAYA – Anak kepada pelakon Norish Karman dikenali sebagai Manda memaklumkan keadaan kesihatan ibunya dalam keadaan merosot dan kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

Tidak memaklumkan secara terperinci mengenai penyakit yang dihidapi, Manda berkata, Norish, 51, berada dalam situasi berisiko tinggi.

“Keadaan kesihatan Norish Karman atau bunda yang kami kasihi merudum, dia kini dalam situasi berisiko tinggi.

“Apakan daya kami anak-anak yang masih jauh perjalanan belum mampu memberi terbaik.

“Saya mohon sangat kepada sesiapa membaca ini, titipkan doa tetapi bagi kami itulah harapan yang masih tinggal,” katanya dalam satu hantaran Threads.

Tambah Manda, dia dan keluarga tidak pernah berhenti mendoakan agar kesihatan ibunya kembali pulih.

Menzahirkan hasrat, Manda memohon orang ramai dapat menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban kos perubatan ibunya.

“Doa agar Allah SWT beri ibu kami peluang rawatan, diberikan kesembuhan dan angkat segala kesakitan. Tak sanggup lagi melihat keperitan dia lalui.

“Ketika ini Norish mengguna kerusi roda agar tidak perlu guna jantung berlebihan.

“Jika ada yang berhati mulia, sudi menghulur bantuan dalam bentuk apa sahaja. Setiap sokongan, tidak kira dari bentuk doa, tenaga terutama bantuan kewangan, amat besar maknanya buat saya dan adik-adik,” ujarnya.

Terdahulu, Manda memuatnaik foto ibunya terlantar di katil hospital menggunakan akaun Threads milik Norish.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Adik Perempuan Untuk Lunara, ’Good Luck’ Daddy – Intan Najuwa

0
PETALING JAYA – Pelakon Datin Intan Najuwa mengumumkan jantina anak keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi merupakan bayi perempuan. Intan atau nama penuhnya Intan...

CATEGORIES