Sunday, May 31, 2026
HomePERNIAGAANAndalusia Tampil Dengan Tiga Tarikan Utama Sempena MATTA Fair April 2026

Andalusia Tampil Dengan Tiga Tarikan Utama Sempena MATTA Fair April 2026

Kuala Lumpur, April 2026 – Sempena penyertaan di MATTA FAIR April 2026 yang berlangsung di MITEC, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd tampil dengan tiga fokus utama yang diyakini mampu menarik perhatian para pengunjung, khususnya mereka yang sedang merancang perjalanan Umrah mahupun pelancongan bersama keluarga.

Tiga tarikan utama yang diketengahkan oleh Andalusia pada MATTA FAIR kali ini adalah penawaran promosi istimewa, pembukaan tarikh musim baharu Umrah 1448H, serta hadiah cabutan bertuah berupa sebuah kereta Proton Saga MC3 2026.

Pertama, Andalusia menawarkan promosi diskaun pakej Umrah dan pelancongan yang lebih menarik sepanjang MATTA FAIR berlangsung. Bagi pakej Umrah, pengunjung berpeluang menikmati diskaun daripada RM100 hingga RM500, manakala bagi pakej pelancongan pula, promosi diskaun ditawarkan daripada RM50 hingga RM200. Penawaran ini memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan pakej perjalanan pada harga yang lebih berbaloi, khususnya bagi mereka yang mahu membuat perancangan awal.

Kedua, Andalusia turut membuka tarikh-tarikh penerbangan Umrah bagi musim baharu 1448H, bermula dari Jun 2026 sehingga Syawal / Mac 2027. Pembukaan awal ini memberi ruang kepada bakal jemaah untuk membuat tempahan dan “booking” lebih awal agar tidak terlepas tarikh perjalanan yang diinginkan. Langkah ini juga memudahkan pelanggan membuat perancangan kewangan, cuti dan persediaan perjalanan dengan lebih tersusun.

Ketiga, dan paling istimewa, MATTA FAIR April 2026 ini menjadi sejarah baharu buat Andalusia apabila buat pertama kalinya syarikat menghadiahkan sebuah Proton Saga MC3 2026 kepada pelanggan bertuah. Tawaran ini terbuka kepada mana-mana pelanggan yang mendaftar pakej Andalusia sama ada Umrah atau pelancongan dengan nilai minimum RM5,000 seorang. Lebih menarik, penyertaan bukan sahaja terbuka kepada pelanggan yang mendaftar di booth

Andalusia di MITEC, malah turut dibuka kepada mereka yang membuat pendaftaran di mana-mana cawangan Andalusia di seluruh Malaysia atau secara online sepanjang tempoh kempen yang ditetapkan.

Cabutan bertuah bagi hadiah utama tersebut akan diadakan pada hari terakhir MATTA FAIR, iaitu pada 5 April 2026 (Ahad).

Penyertaan Andalusia dalam MATTA FAIR kali ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menawarkan pakej yang kompetitif, fleksibel serta memenuhi keperluan pelanggan masa kini. Dengan kombinasi promosi menarik, pembukaan musim baharu lebih awal dan hadiahistimewa yang besar nilainya, Andalusia berharap dapat memberi pengalaman tempahan yang lebih bermakna kepada setiap pengunjung yang hadir.

Sempena MATTA FAIR April 2026, Andalusia mahu memberi lebih banyak nilai kepada pelanggan — bukan sekadar promosi, tetapi peluang untuk merancang Umrah dan percutian lebih awal dengan lebih yakin. Pembukaan tarikh musim baharu 1448H serta hadiah utama Proton Saga MC3 2026 mencerminkan komitmen Andalusia untuk terus menghargai kepercayaan pelanggan kami di seluruh Malaysia.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi booth Andalusia di MITEC bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan, promosi semasa, serta peluang untuk menjadi pemenang hadiah utama yang disediakan.

— Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES