Thursday, May 28, 2026
HomeHIBURANZizi Kirana, Yusuf Bahrin Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

SHAH ALAM – Ikatan perkahwinan pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin akhirnya terlerai apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, hari ini.

Lafaz cerai tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Saifullah Hamzah dalam dewan bicara hari ini.

Menurut peguam syarie, Haiza memberitahu berlaku lafaz talak secara raji’e oleh Yusuf terhadap Zizi selaku plaintif yang memfailkan permohonan cerai.

“Saya peguam daripada pihak Zizi dan prosiding pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling merupakan satu permohonan perceraian di bawah Seksyen 47 yang mana pihak-pihak iaitu Zizi dan juga Yusuf, kedua-duanya bersetuju untuk perceraian ini.

“Hari ini, di hadapan direkodkan satu lafaz cerai oleh Yusuf terhadap Zizi dengan talak satu secara raji’e.

“Jadi, kedua-duanya dapat menjalankan kes pada hari ini dengan baik.

Sementara, Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, selaku plaintif berada lega semua proses perceraian dipermudahkan.

“Alhamdulillah, semuanya yang baik-baik, insya-Allah.

“Terima kasih, semuanya sudah selesai,” ujarnya.

Dia yang juga penyanyi hari ini hadir ditemani aktres, Datin Seri Paduka Umie Aida.

Terdahulu, rumah tangga mereka didakwa goyah selepas Zizi dan Yusuf memuat naik foto menyambut Aidilfitri secara berasingan.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES