Tuesday, May 26, 2026
HomeLUAR NEGARAAskar Thai Putus Kaki Terpijak Periuk Api

Askar Thai Putus Kaki Terpijak Periuk Api

BANGKOK – Seorang askar Thai hari ini putus kaki akibat letupan periuk api di sempadan negara yang menjadi pertikaian dengan Kemboja, di mana gencatan senjata sedang berkuat kuasa selepas pertempuran rentas sempadan selama beberapa bulan, kata tentera Thailand.

“Seorang askar parah dan hilang kaki kanannya selepas terpijak periuk api,” kata tentera Thailand dalam satu kenyataan, sambil menambah insiden berlaku waktu subuh di wilayah sempadan Surin.

Bagaimanapun, menurutnya, ‘pemeriksaan awal’ menunjukkan  periuk api terbabit tertanam jauh dalam tanah liat dan ditutup dengan daun, menunjukkan ia ‘bukan baru ditanam’.

Sempadan Kemboja dipenuhi dengan bahan letupan belum meletup yang berasal dari konflik berasingan sejak beberapa dekad lalu.

Di bawah persetujuan  gencatan senjata pada Disember 2025, Kemboja dan Thailand berjanji menghentikan tembakan, membekukan pergerakan tentera dan bekerjasama membersihkan periuk api di sepanjang sempadan.

Sejak musim panas tahun lalu, berpuluh-puluh orang terbunuh dalam konflik di sempadan. Isu itu menjadi pertikaian lebih satu abad sejak persempadanan kedua-dua negara dilakar semasa era penjajahan Perancis.

Lebih sejuta orang awam dipindahkan di sepanjang sempadan Thai-Kemboja sepanjang 800 kilometer semasa kemuncak pertempuran pada Julai hingga Disember 2025, sebelum gencatan senjata sementara berkuat kuasa.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Jadual Seni Padat, Tetapi Teater PGL Sudah Lama Saya Idamkan’ –...

0
KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mimi Fly mengakui komitmen jadual kerja yang padat tidak menghalang dirinya untuk menerima cabaran baharu sebagai watak Bayan dalam pementasan teater...

CATEGORIES