Thursday, June 25, 2026
HomeBERITAPemandu Keluar Makan, Lori ‘Bergerak Sendiri’ Rempuh 5 Kenderaan

Pemandu Keluar Makan, Lori ‘Bergerak Sendiri’ Rempuh 5 Kenderaan

KAJANG – Sebuah lori yang yang diparkirkan di bahu jalan sebelum ditinggalkan pemandunya untuk keluar makan dipercayai bergerak sendiri sebelum merempuh lima kenderaan di Jalan Persiaran Damai Perdana, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan membabitkan enam kenderaan itu berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

“Kemalangan berpunca daripada lori yang diparkirkan di bahu jalan dan ditinggalkan oleh pemandu untuk keluar makan tiba-tiba bergerak sendiri.

“Lori tersebut melanggar lima buah kenderaan yang berada di kiri dan kanan jalan sehingga menyebabkan kerosakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Naazron berkata kesemua pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein Muhd. Suod di talian 017-3818422.

“Polis menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES