Tuesday, April 21, 2026
HomeBERITACuti Tahun Baharu Cina, Tiket ETS Hampir ‘Sold Out’

Cuti Tahun Baharu Cina, Tiket ETS Hampir ‘Sold Out’

KUALA LUMPUR – Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Elektrik Transit Selesa (ETS) sempena cuti Tahun Baharu Cina dilaporkan hampir habis dijual pada ketika ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan berikutan permintaan yang tinggi, KTMB akan menambah perkhidmatan ETS dari 13 hingga 22 Februari bagi beberapa laluan utama.

“Laluan yang terlibat termasuk Kuala Lumpur (KL) Sentral – Butterworth, KL Sentral – Ipoh, KL Sentral – Padang Besar dan Johor Bahru (JB) Sentral – KL Sentral. Setiap laluan akan menawarkan dua trip sehari bagi tarikh tertentu,” katanya pada sidang akhbar Perkhidmatan KTM Komuter sempena Thaipusam 2026 di sini, hari ini.

Sementara itu, Anthony berkata, sebanyak 26,460 tiket ditawarkan bagi tempoh perkhidmatan tambahan ini, menjadikan jumlah keseluruhan perkhidmatan ETS yang akan beroperasi sempena Tahun Baharu Cina adalah maksimum 52 trip sehari.

“Jualan tiket bagi perkhidmatan tambahan ETS sempena Tahun Baru Cina ini adalah pada 29 Januari 2026,” katanya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pemain Bintang Ketuai Prostes Halang Klopp Ke Real

0
MADRID – Suasana di kem Real Madrid semakin panas apabila bintang utama, Kylian Mbappe dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan pihak pengurusan untuk melantik Jurgen...

CATEGORIES