Monday, June 22, 2026
HomeHIBURANTeruk Dibenci Hingga Libatkan Anak Kecil Tidak Bersalah – Uqasha Senrose

Teruk Dibenci Hingga Libatkan Anak Kecil Tidak Bersalah – Uqasha Senrose

PETALING JAYA: Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila anak perempuannya yang baru berusia 17 bulan, Hawra Uqaira, turut menjadi sasaran kecaman segelintir individu di media sosial.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menyifatkan kata-kata dilemparkan terhadap anaknya sebagai keterlaluan memandangkan Hawra Uqaira masih kecil dan tidak mengerti apa-apa.

“Uqaira, awak anak ibu. Terlampau jahat kata-kata manusia sekarang.

”Ya, ibu sedih. Teruk sekali orang benci ibu, tetapi jangan sampai melibatkan anak kecil yang tidak bersalah,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Threads.

Menurut Uqasha, emosinya turut terganggu dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya. Namun, dia bersyukur kerana masih menerima sokongan daripada kelompok ibu-ibu yang memahami situasinya.

“Ini kali pertama saya menjadi ibu. Terima kasih kepada semua ibu yang banyak membantu saya dalam proses membesarkan Uqaira, termasuk perkara-perkara yang banyak diajar.

“Saya bangga menjadi seorang ibu. Anak sudah membesar dan masa terus bergerak ke hadapan,” katanya.

Terdahulu, tular satu komen daripada individu tidak dikenali yang menuduh Uqasha pernah mengandungkan anak lelaki lain sebelum ini.

Bagaimanapun, suaminya, Kamal Adli menafikan dakwaan tersebut menerusi satu hantaran di Threads dan menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai melampau serta tidak berasas. -UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Syed Saddiq Tak Datang, Mungkin Saya Dah Mati’ – Space...

0
PETALING JAYA – “Kalau Saddiq tak datang, mungkin saya dah mati.” Demikian pendedahan abang kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah atau...

CATEGORIES