Majlis penutupan yang disempurnakan oleh YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Putrajaya menyaksikan pelbagai aktiviti utama seperti Debat Akhir Institut Pengajian Tinggi, forum keselamatan Internet dan pameran interaktif daripada agensi kerajaan serta syarikat digital utama.

Setakat 30 November 2025, 8,462 sekolah dan 369,005 pelajar telah menyertai KIS, dengan jangkauan lebih 80% sekolah seluruh negara. Program turut diperluas ke IPT dan komuniti melibatkan lebih 287,939 peserta.
KIS akan diteruskan pada 2026 dengan tumpuan memperluas kesedaran keselamatan Internet kepada sekolah, IPT, warga emas, belia dan ibu bapa.
#MCMC
#KarnivalMegaKIS
#KempenInternetSelamat





