Ibu bapa, jadilah lebih peka dengan dunia Internet anak-anak anda. Dengan ciri ‘Family Center’ daripada Meta (Facebook & Instagram), anda boleh memantau masa skrin, menetapkan had penggunaan, dan mendapatkan gambaran jelas tentang aktiviti digital mereka, semuanya di satu tempat.


Kenapa ‘Family Center’ penting untuk setiap keluarga?
Dalam dunia digital yang pantas berubah, anak-anak mudah terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai, interaksi dengan orang asing, dan ketagihan skrin. ‘Family Center’ direka untuk:
-
Memberi gambaran tentang aplikasi dan masa yang digunakan oleh anak.
-
Membolehkan ibu bapa menetapkan had masa skrin supaya aktiviti digital lebih seimbang.
-
Memudahkan pemantauan keselamatan dan membuka ruang perbincangan tentang kandungan yang sesuai.


Langkah praktikal, cara mula guna Family Center
Kemas kini aplikasi: Pastikan Facebook & Instagram anak dan ibu bapa menggunakan versi terkini.
-
Wujudkan keluarga / sambungkan akaun: Ikut arahan di Family Center untuk menambah akaun anak ke dalam kumpulan keluarga.
-
Tetapkan had waktu skrin: Pilih had harian untuk aplikasi tertentu atau jumlah masa skrin keseluruhan.
-
Aktifkan pemantauan aktiviti: Semak ringkasan aktiviti dan pemberitahuan yang mencurigakan.
-
Semak tetapan privasi: Pastikan akaun anak disetkan pada tetapan paling selamat (contoh: akaun peribadi, had pada DM daripada orang asing).

Langkah kecil seperti mengaktifkan Family Center dan membuka perbualan sejujurnya dengan anak boleh beri impak besar. Keselamatan digital bukan hanya soal teknologi — ia soal komunikasi, pendidikan dan sokongan keluarga. Sama-sama kita pastikan anak-anak lebih selamat, seimbang dan bijak menavigasi dunia maya.
Aktifkan Family Center hari ini — lindungi masa depan digital anak anda.
#MCMC #KempenInternetSelamat





