Wednesday, November 19, 2025
HomeHIBURAN‘Hanya Mahukan Perubahan, Ambil Serius Isu Kenapa Sabah Miskin’ - Azharina

‘Hanya Mahukan Perubahan, Ambil Serius Isu Kenapa Sabah Miskin’ – Azharina

KUALA LUMPUR – Penyanyi Azharina berharap setiap pemimpin yang bakal dipilih rakyat menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November depan akan membawa perubahan besar dan positif untuk Negeri Di Bawah Bayu itu.

Lantang bersuara untuk negeri kelahiran, Azharina berkata terlalu banyak perubahan yang ingin dilihat bagi menambahbaik sosio-ekonomi rakyat Sabah termasuk berkaitan peluang pekerjaan dan ‘pembersihan’ warga asing.

“Sebagai anak kelahiran Sabah, saya mahu kerajaan membasmi kebanjiran warga asing yang terlalu ramai di Sabah.

“Kalau pernah ke Sabah, pasti nampak ramai pendatang tanpa izin di tepi jalan sehingga ada yang berani ketuk cermin kereta untuk meminta duit.

“Keadaan ini secara tidak langsung memberi imej buruk untuk rakyat Sabah termasuk mencacatkan pandangan orang luar terutama pelancong,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran single duet terbaharunya bersama Nana Karia berjudul Biar Gambar Bicara di sini, semalam.

Bukan itu sahaja, dia juga mahu melihat rakyat Sabah ‘suci’ daripada masalah penagihan dadah selain menyelesaikan isu bekalan elektrik yang sehingga kini masih tiada berkesudahan.

“Saya juga memang menekankan isu tentang masalah sosial di Sabah seperti penagih dadah yang secara terbuka menghisap gam di tempat awam.

“Kemudian, masalah utiliti seperti elektrik dan air yang masih menyusahkan rakyat di sana sehingga hari ini,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun menegaskan, segala pandangan disuarakan hanyalah sebagai seorang rakyat yang menuntut perubahan selain meminta wakil rakyat dipilih kelak menyelami dan mendengar keperitan rakyat Sabah.

“Saya bukan mahu jadi wakil rakyat kerana tidak layak pun namun, bercakap mewakili anak kelahiran Sabah yang mengharapkan ada perubahan.

“Saya juga berharap pilihan raya tahun ini rakyat Sabah pilih calon yang buat kerja dan terbaik untuk memimpin serta memajukan Sabah.

“Kenapa Sabah antara tiga negeri termiskin di Malaysia? Perkara itu harus dipandang serius oleh semua pihak.

“Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen yang bakal memerintah selepas PRN nanti, terimalah teguran ini sebagai satu benda yang baik dan positif,” jelasnya.

Terdahulu, Azharina dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini menzahirkan harapan agar rakyat Sabah membuat keputusan tepat pada PRN dengan memilih pemimpin dan parti yang mampu membawa transformasi besar untuk negeri tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

FAM Perlu Dedah ‘Dalang’ Isu Pemalsuan Dokumen – FIFA

0
PETALING JAYA – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa akhirnya mendedahkan secara terperinci alasan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh...

CATEGORIES