Sunday, November 16, 2025
HomeHIBURANTeman Wanita Ben Amir Memeluk Islam

Teman Wanita Ben Amir Memeluk Islam

PELAKON Ben Amir berkongsi khabar gembira teman wanita kini sudah sah memeluk agama Islam.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkongsi momen bermakna ketika wanita itu melafazkan dua kalimah syahadah di Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dalam masa yang sama, Ben sempat meluahkan rasa syukur dan menitipkan pesanan buat teman istimewanya itu.

“Selamat datang kepada Islam.

“Ambillah masa untuk mengenalinya perlahan-lahan, hayati keindahannya dan ingatlah bahawa kamu tidak pernah bersendirian.

“Semoga kasih dan rahmat ALLAH sentiasa melindungimu. Moga perjalanan ini mendekatkanmu kepada ketenangan, tujuan hidup dan diri sebenar yang penuh makna,” kongsinya.

Warganet dan rakan selebriti mengucapkan syukur dan tahniah serta mendoakan agar perjalanan penghijrahan dipermudahkan.

Tidak kurang yang mengatakan ia selangkah ke arah gerbang perkahwinan mereka berdua.

“Masya-ALLAH, semoga ALLAH melimpahkan keberkahan dan menaburkan kasih sayang dalam perjalanan ini.”

“Alhamdullilah.Besar pahala membawa saudara baru ke jalan yg benar..aminnn.”

Sebelum itu, Ben pernah berkongsi berkenalan dengan seorang wanita Filipina dan dalam fasa mengenali hati budi seorang wanita Filipina.

Pelakon drama Sweet Dreams terdahulu berkongsi berpindah ke Pulau Siargao, Filipina sejak April lalu dan membuka sebuah restoran halal iaitu Rasa Siargao yang mengetengahkan masakan Malaysia.

Sumber – SinarPlus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Walau Sedang Berpantang, Yana Samsudin Hadir Terima Ijazah Sarjana

0
"Sepatutnya hari ini saya bersalin… tapi takdir memberi saya peluang menjejak pentas konvokesyen!" Demikian kongsi, pelakon dan penyanyi, Yana Samsudin selepas selesai istiadat konvokesyen untuk...

CATEGORIES