Wednesday, May 27, 2026
HomeHIBURAN‘Jangan Sibuk Dengan Rumah Tangga Orang, Kita Bukan Terpaling Bahagia’

‘Jangan Sibuk Dengan Rumah Tangga Orang, Kita Bukan Terpaling Bahagia’

PETALING JAYA – Usahawan dan bekas anggota kumpulan Solehah, Datin Seri Shahida menasihatkan orang ramai agar tidak mencampuri urusan atau konflik rumah tangga individu lain.

Menurut Shahida, Nur Shahida Mohd Rashid, 40, mendoakan perkara positif buat mereka yang berdepan masalah rumah tangga adalah perkara terbaik buat ketika ini.

“Jangan sibuk rumah tangga orang sebab bukan rumah tangga kita.

“Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya dalam platform Threads.

Tambahnya, banyak pihak yang bersuara mengenai kemelut rumah tangga individu lain juga pernah melalui situasi sama sebelum ini.

“Masing-masing sudah pernah ada ujian rumah tangga.

“Kita bukan terpaling bahagia pun,” ujarnya isteri kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri itu.

Dia bagaimanapun tidak menyatakan sama ada perkongsian tersebut ditujukan secara spesifik kepada mana-mana pihak.

Perkongsian tersebut meraih banyak respons yang kebanyakannya bersetuju selain berpendapat isu rumah tangga tidak sepatutnya dicanang dalam media sosial.

“Setuju dengan kenyataan ini, terima kasih mengingatkan.

“Akhirnya ada juga hantaran positif sebegini, terlalu banyak yang negatif,” komen netizen.

Baru-baru ini, media sosial kecoh mengenai kemelut rumah tangga pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

Lebih mengejutkan sekali gus menjawab spekulasi ramai, Uqasha nekad memfailkan perceraian terhadap Kamal atas alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

PSM Tuntut Istaf Ambil Tindakan Keras Terhadap Thailand

0
PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap Thailand susulan insiden meninggalkan gelanggang ketika final acara berpasukan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

CATEGORIES