Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITASin Chew, Sinar Harian Dikompaun RM100,000

Sin Chew, Sinar Harian Dikompaun RM100,000

CYBERJAYA, 19 September 2025Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenakan kompaun sebanyak RM100,000.00 masingmasing terhadap Sin Chew Media Corporation Berhad dan Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. selepas menerima izin mengkompaun daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Tindakan terhadap Sin Chew Media Corporation Berhad diambil susulan siasatan MCMC yang mendapati organisasi tersebut telah memuat naik ilustrasi Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap di akhbar digital miliknya.

Sementara itu, Sinar Karangkraf Sdn. Bhd. dikenakan kompaun berikutan siaran di akaun Instagram rasmi organisasi tersebut yang memuat naik profil mengandungi maklumat tidak benar mengenai Ketua Polis Negara. Dakwaan yang dibuat melibatkan jawatan kepimpinan tertinggi sebuah parti politik tempatan.

Kedua-dua siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], dengan hukuman seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 233(2).

Manakala tindakan kompaun dibuat menurut Seksyen 243 akta yang sama.

MCMC menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan, perpaduan dan maruah negara yang wajib dipaparkan dengan tepat serta penuh hemah pada setiap masa.

Pada masa sama, penyebaran kandungan palsu yang melibatkan institusi keselamatan negara boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keyakinan masyarakat terhadap pihak berkuasa.

Sehubungan itu, semua organisasi media dan pengguna media sosial diingatkan agar sentiasa memastikan ketepatan serta kesahihan kandungan yang diterbitkan, khususnya apabila membabitkan lambang dan simbol rasmi negara.

MCMC akan terus memperkukuh penguatkuasaan dan melaksanakan pelbagai inisiatif literasi digital bagi memastikan keharmonian serta kestabilan negara terpelihara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES