Sekiranya anda sedang merancang percutian bersama keluarga sempena cuti sekolah, berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang anda sekeluarga boleh cuba:
- Ombak Kids
Penuh dengan aktiviti interaktif, kreativiti dan menyeronokkan untuk si kecil, seperti:
- Funfair of Forgotten Futures – Permainan interaktif menggunakan bahan kitar semula yang dikendalikan oleh Ernest Goh, Ayer Ayer Project
- Go Fly Kites – Belajar seni pembuatan wau tradisional bersama Razi Said.

Go Fly Kites 
Go Fly Kites - LEGOLAND Speed Building Challenge – Pertandingan membina LEGO untuk kanak-kanak 6–11 tahun.

Legoland Speed Building Challenge - Meera & Fiz by Nice Monster – Gabungan boneka, fantasi dan stop-motion storytelling oleh pemenang anugerah kolektif kreatif.

Meera & Fiz by Nice Monster - Mereka Games – Alat permainan bersaiz besar yang memberi nafas Baharu kepada permainan klasik Malaysia seperti Congkak Gergasi.

Mereka Games - Siapa Theatre – Persembahan teater boneka kontemporari & bengkel oleh SIAPA Theatre Company, untuk menghidupkan semula seni boneka dalam pendidikan.

Siapa Theatre
- Pasar Seloka

Pasar Seloka
Festival ini turut menampilkan Pasar Pop-up gaya hidup dengan 30 vendor yang menonjolkan produk artisan, jenama indie dan hasil kraf tempatan. Sesuai untuk seisi keluarga membeli-belah sambil menyokong vendor tempatan.
- Servis Kiddocare

Kiddocare
Sebagai rakan rasmi penjagaan kanak-kanak festival ini, Kiddocare akan menyediakan aktiviti menyeronokkan — daripada sensory play hingga kraf dan penceritaan, agar ibu bapa boleh menikmati persembahan tanpa sebarang kerisauan.
Dekat mana nak join semua aktiviti ni? Di Ombak Festival 2025!

Selepas kejayaan penganjuran tahun lalu, Ombak Festival kembali ke Desaru Coast dari 12 hingga 14 September 2025 dengan sambutan lebih meriah yang meraikan hiburan muzik global serta budaya Asia Tenggara yang berlatarbelakangkan keindahan persisir pantai negeri Johor.
Maklumat lanjut mengenai barisan artis, aktiviti dan pembelian tiket boleh didapati di: ombakfestival.com





