Saturday, May 2, 2026
HomeHIBURANAnna Jobling & Ibu Bermasam Muka? 'Saya Reda Masuk Penjara’

Anna Jobling & Ibu Bermasam Muka? ‘Saya Reda Masuk Penjara’

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop mendakwa anak kesayangannya itu memfailkan perintah injunksi terhadap dirinya.

Mendakwa kecewa dengan layanan yang diterima, Ariz tidak kisah sekiranya terpaksa dipenjara selain menyerahkan segala ujian yang dihadapi kepada ketentuan Allah SWT.

“Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai peguam yang awak (Anna) nak, bagilah banyak mana injuksi yang awak mahu.

“Letaklah banyak mana gari awak nak letak, saya tak gentar. Saya sudah lalui berbagai onak duri dan bergadai nyawa nak besarkan awak.

“Kalau ini balasan awak, tak mengapa. Kalau saya kena masuk penjara pun, saya reda saja. Allah SWT ada, Allah Maha Adil,” katanya menerusi hantaran InstaStory.

Dalam hantaran sama, ibu kepada pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut menunjukkan keadaan tangannya yang kelihatan kemerahan akibat mengetuk cermin pintu selepas dikunci daripada dalam kenderaan.

“Tangan bengkak sebab tumbuk cermin kereta, saya jadi panik tiada pilihan.

“Allah ada, Allah tak tidur,” ujarnya lagi.

Dia juga turut berkongsi keadaan dirinya yang sedang menangis ketika berada di balai polis.

Anna juga tidak lagi mengikuti ibunya dalam Instagram sekali gus menguatkan spekulasi hubungan mereka kini dalam keadaan dingin.

Sumber: KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Mereka Yang Berbakat’ – Amira Othman Bersara Berlakon

0
KUALA LUMPUR – Atas alasan mahu fokus terhadap kerjaya nyanyian dan keluarga, penyanyi Amira Othman membuat pengumuman mahu berundur daripada arena lakonan. Begitupun Amira atau...

CATEGORIES