Tuesday, September 30, 2025
HomeHIBURANShila Amzah Terima Surat Tuntutan Daripada Amy Search

Shila Amzah Terima Surat Tuntutan Daripada Amy Search

PEGUAM kepada Datuk Amy Search sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada penyanyi, Shila Amzah susulan kontroversi tular bulan lalu yang membabitkan mereka.

Bagaimanapun, peguamnya, Datuk M Reza Hassan belum berkongsi butiran lanjutan LOD berkenaan.

M Reza ketika dihubungi berkata, peguam Shila juga sudah maklum dan meminta waktu bagi tindakan lanjut.

“Kami baru hantar LOD, tapi mereka minta waktu untuk mendapatkan arahan lanjut daripada Shila. Saya tak boleh nak kongsi lagi. Kita tengok macam mana nanti,” katanya.

Terdahulu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, membuat laporan polis selepas mendakwa seorang penyanyi legenda menyerangnya dia sebuah acara disertai mereka berdua, baru-baru ini.

Laporan dibuat pada 10 Julai lalu dan penyanyi lagu Patah Seribu itu turut mengesahkan Amy yang juga bapa kepada pelakon, Nabila Huda adalah individu dimaksudkan.

Susulan itu, polis sudah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak.

Berdasarkan siasatan awal, punca ketegangan itu disebabkan Amy tidak berpuas hati kerana Shila didakwa mencampuri urusan keluarganya.

Kes itu berlanjutan apabila Amy pula tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 16 Julai lalu dan ia disahkan M Reza.

Dalam pada itu, Amy dilihat turut memadam semua foto dan video di Instagram sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai tindakan serta keadaan semasanya.

Sumber: Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lerai Spekulasi, Sabronzo Kongsi Foto Hari Bahagia

0
PETALING JAYA: Enggan berita perkahwinan terus mencetuskan spekulasi, anggota kumpulan Dolla, Sabronzo tampil berkongsi foto hari bahagianya usai sah bergelar isteri kepada Dj Ryan...

CATEGORIES