Friday, June 26, 2026
HomeBERITARahmad Mega Sertai Parti Amanah Negara

Rahmad Mega Sertai Parti Amanah Negara

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan Mega, Rahmad Tohak atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) malam tadi.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, Rahmad Mega membuat keputusan menyertai Amanah kerana parti tersebut bebas daripada sebarang isu.

“Alhamdulillah, malam tadi sah saudara Rahmad Tohak (vokalis kumpulan Mega) menyertai Amanah.

“Beliau tertarik dengan parti Amanah yang masih suci daripada sebarang isu besar dengan pendekatan rahmat untuk semua,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Sesi penyerahan borang keahlian parti oleh Rahmad Mega malam tadi turut dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Selamat datang Mad ke dalam keluarga besar Amanah,” kata Muhammad Faiz.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Di Fasa Bahagia, Datuk Red Nikahi Rohanita Julai Depan

0
RAWANG – Usahawan Datuk Adnan Abu atau Datuk Red mengesahkan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Rohanita pada Julai depan. Red,...

CATEGORIES